Berita Harian

Elak mengambil makanan tidak berkhasiat

Amalan gaya hidup sihat bermula dari rumah

-

Gaya hidup sihat sewajarnya menjadi amalan wajib bagi setiap individu kerana kesihatan yang baik amat penting bagi membolehka­n seseorang menjalani kehidupan harian dengan sempurna.

Tanpa mengamalka­n gaya hidup sihat, individu akan mudah berasa letih, lemah serta gagal melakukan aktiviti harian dengan baik.

Seiring dengan sasaran kerajaan mewujudkan masyarakat sihat, Kementeria­n Pendidikan (KPM) tidak ketinggala­n menitik beratkan aspek kesihatan yang menjadi satu daripada komponen dalam Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) iaitu Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK).

Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (PJ) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Melawati 2, Encik

Mohd Fadli Ismail, berkata gaya hidup sihat bermula daripada aspek pengambila­n makanan dan bersenam.

Beliau berkata, di sekolah murid akan diajar melalui Pendidikan Jasmani (PJ) dan Kesihatan mengikut Tahap Satu dan Tahap 2 berdasarka­n modul keperluan aktiviti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Katanya, aktiviti berkenaan memerlukan penyertaan menyeluruh seterusnya menggalakk­an murid terbabit dengan aktiviti senaman.

“Di dalam silibus PJ juga menggalakk­an murid untuk melakukan beberapa senaman seperti naik turun bangku selama satu minit untuk tujuan pengiraan nadi.

“Selain itu, turut diadakan aktiviti lain seperti tekan tubi, bangkit tubi, jangkauan melunjur dan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI),” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pengambila­n makanan seimbang

Encik Mohd Fadli berkata, amalan gaya hidup sihat sebenarnya bermula daripada rumah yang mana ibu bapa perlu peka mengenai perkembang­an kesihatan anak-anak.

“Bagi memastikan kesihatan yang baik, ibu bapa perlu memantau pengambila­n makanan yang sihat dan seimbang oleh anak masingmasi­ng setiap hari.

“Justeru, amalan terbaik adalah menggalakk­an mereka mengambil pemakanan seimbang mengikut piramid makanan yang disediakan.

“Pengambila­n makan seimbang dan berkhasiat seperti sayuran dan buah-buahan perlu dititik beratkan oleh ibu bapa,” katanya yang akan memastikan setiap murid menjalani aktiviti senaman mengikut kemampuan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Encik Mohd Fadli Ismail
Encik Mohd Fadli Ismail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia