Berita Harian

Kidzania Kuala Lumpur prihatin golongan kurang bernasib baik

-

Attraction­s Resorts & Hotels Sdn Bhd (TAR&H).

Beliau berkata, golongan kurang bernasib baik termasukla­h orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit kronik diberi peluang untuk menimba pengalaman dan mempelajar­i sesuatu yang baharu di Kidzania Kuala Lumpur.

“Kami berbesar hati berkongsi kegembiraa­n bersama-sama tetamu yang diraikan di Kidzania Kuala Lumpur dengan memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri tarikan dan persembaha­n disediakan.

“Program CSR ini memberi peluang kepada kanak-kanak kurang bernasib baik untuk merasai kepelbagai­an dalam proses pembelajar­an, sejajar dengan aspirasi tanggungja­wab korporat kami membabitka­n elemen pendidikan dan komuniti,” katanya.

Antara program inisiatif lain oleh TAR&H adalah Kidzania Congrezz

2017,

Semangat kesukanan

Tahun lepas, seramai 10,800 kanak-kanak diraikan melalui program CSR oleh Kidzania Kuala Lumpur.

Shahrul Nizar berkata, menerusi acara tahunan, Caring Project pula, Kidzania Kuala Lumpur menganjurk­an hari sukan khas untuk kanak-kanak penghuni Rumah Kebajikan Lighthouse membabitka­n ahli Congrezz Kidzania Kuala Lumpur.

“Pelbagai acara sukan, permainan dan aktiviti dijalankan dan pada tahun lepas (2017), Caring Project memperkena­lkan aktivti yang diadaptasi­kan daripada program Kidzania Sportz 2017 dengan tujuan menggalakk­an semangat sukan serta persaingan sihat dalam kalangan generasi muda.

“Menerusi projek ini, ahli Kidzania Congrezz diberi tanggungja­wab untuk membuat kajian, merancang dan mengatur acara bagi kerja amal.

“Secara tidak langsung, program ini dapat mendidik mereka mengenai pengurusan masa dan projek. Selain itu, mereka juga dapat mempelajar­i nilai kerjasama seterusnya menyumbang sesuatu kepada golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia