Berita Harian

SKBS rai murid cemerlang

-

Rawang:

Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa (SKBS) meraikan murid cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulu­m dalam suatu majlis anugerah cemerlang sekolah itu, di sini baru-baru ini.

Guru Besarnya, Encik Firdaus Abu Hanifah, berkata majlis penganuger­ahan itu bagi mengiktira­f kejayaan murid mengikut tahun dan tahap masing-masing.

Beliau berkata, acara tahunan ini adalah untuk meraikan kejayaan murid SKBS yang berusaha gigih sepanjang tahun dengan pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulu­m dan akademik.

“Majlis anugerah cemerlang ini juga menjadi pembakar semangat kepada penerima untuk terus melakar kejayaan pada masa depan dan juga motivasi kepada murid lain,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Majlis perasmian Hari Anugerah Cemerlang SKBS disempurna­kan oleh Pegawai Unit Linus Literasi Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Encik Kamarol Idhzam.

Pembakar semangat

Antara penerima anugerah khas Majlis Anugerah Cemerlang

SKBS 2017 adalah Nur Innez Sabrina Mohd Noor Ariffin, Shariffah Aleiya Natasha Syed Mustaffa dan Muhammad

Nabil Nurhafis Mohd Sabri.

Sementara itu, Shariffah Aleiya Natasha berkata, anugerah khas kokurikulu­m yang diterimany­a menjadi pemangkin semangat untuk dia terus melakar kejayaan di peringkat sekolah menengah seterusnya pengajian tinggi.

“Anugerah ini saya tujukan kepada kedua ibu bapa, keluarga dan sudah tentu untuk guru sekolah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

“Saya jadikan anugerah ini sebagai kenangan terindah dan pembakar semangat saya untuk terus mengharumk­an nama sekolah, tempat saya menimba ilmu,” katanya.

 ??  ?? Firdaus (lima dari kanan) bersama-sama penerima anugerah khas ditemani ibu bapa masing-masing pada Hari Anugerah Cemerlang SK Bukit Sentosa, baru-baru ini.
Firdaus (lima dari kanan) bersama-sama penerima anugerah khas ditemani ibu bapa masing-masing pada Hari Anugerah Cemerlang SK Bukit Sentosa, baru-baru ini.
 ??  ?? Peserta program diberi penerangan mengenai dunia pekerjaan sebenar.
Peserta program diberi penerangan mengenai dunia pekerjaan sebenar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia