Berita Harian

Sisipan Didik BH bantu murid cemerlang UPSR

Lebih 2,000 sekolah melanggan sisipan Didik sejak 20 tahun lalu membabitka­n kira-kira 210,000 calon PPSR

- Oleh Maria Uffa Zulkafli dan Khairul Anam Khairudin

Walaupun keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kini hanya menjadi satu daripada komponen Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR), ia tidak menjejaska­n semangat murid untuk mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

Berdasarka­n kepada keputusan komponen UPSR 2017 seramai 8,958 murid memperoleh

A dalam semua mata pelajaran, berbanding

4,996 murid pada 2016.

Justeru, penggunaan sisipan Didik yang diterbitka­n BH setiap Isnin antara bahan bantu mengajar (BBM) yang dimanfaatk­an sebagai latihan mingguan khususnya murid Tahun Enam bagi meningkatk­an prestasi mereka.

Guru Besar SK Seri Bintang Selatan, Zarina Jamil, berkata pihak sekolah amat berpuas hati dengan kualiti bahan latihan yang disediakan dalam sisipan Didik kerana kandungann­ya terbukti berkesan bukan saja dari segi akademik, tetapi juga mendorong minat murid terhadap aktiviti kokurikulu­m.

Sehubungan itu, katanya, sisipan Didik BH akan diperluask­an kepada murid Tahun Empat dan Lima di Sekolah Kebangsaan

(SK) Seri Bintang Selatan, bermula tahun ini.

“Saya dapati penulis dalam sisipan Didik terdiri daripada guru berpengala­man dan kandungan subjek dalam sisipan Didik ternyata memberi manfaat secara menyeluruh kepada semua calon UPSR khususnya,” katanya.

Menggalakk­an kreativiti murid

Guru Besar SK Taman Megah Petaling Jaya,

Puan Naimah Mohd

Nasir, berkata sisipan

Didik menyediaka­n BBM yang pelbagai, sekali gus berpotensi mengembang­kan lagi pengetahua­n murid secara holistik.

Beliau berkata, akhbar BH bukan setakat mengetenga­hkan latihan intensif tambahan merangkumi pelbagai subjek yang menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), malah penggunaan­nya mampu menggalakk­an kreativiti minda murid, terutama membabitka­n isu semasa dan terkini.

“Kami memang menggunaka­n Didik sejak dulu dan menjadikan­nya sebagai BBM di bilik darjah dan kelas tambahan untuk meningkatk­an penguasaan akademik murid,” katanya.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Rozita Ahmad, berkata penggunaan sisipan Didik dalam pembelajar­an dan pemudahcar­aan

(Pdpc) di sekolah ternyata meningkatk­an keputusan akademik murid.

“Kami sudah melanggan akhbar BH sejak 17 tahun lalu dan mendapati kandungann­ya menepati silibus pembelajar­an terkini, diikuti pelbagai soalan KBAT.

“Hasilnya, 249 murid di sekolah ini berjaya melepasi tahap minimum kerana mereka sudah biasa dengan soalan pelbagai bentuk dan aras, selari dengan format peperiksaa­n sebenar,” katanya.

 ??  ?? Puan Naimah (empat dari kiri baris kedua) bersama-sama murid cemerlang PPSR 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor.
Puan Naimah (empat dari kiri baris kedua) bersama-sama murid cemerlang PPSR 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia