Berita Harian

Pengambila­n untung dijangka kekal

-

Indeks penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI dibuka tinggi sedikit pada hari pertama dagangan minggu lalu dan mencecah paras tertinggi pada paras 1,832 mata. Paras ini adalah paras tertinggi untuk 32 bulan selepas penurunan kepada paras 1,503 pada Ogos 2015.

FBM KLCI naik selama lima minggu berturut-turut berikutan rali tradisi untuk Disember dan permulaan yang baik untuk Januari 2018.

Jumlah dagangan juga meningkat dengan mendadak, walaupun pengambila­n aktiviti untung yang ketara sepanjang minggu. Pelabur asing masih lagi menjadi pelabur bersih kecuali pada Khamis.

Pengambila­n untung dijangka akan berterusan, tetapi dengan jajaran yang kecil kerana peserta pasaran akan cuba mengekalka­n FBM KLCI di dalam zon positif untuk Januari dan akan melimpah hingga Tahun Baharu Cina.

Bagaimanap­un, kenaikan

FBM KLCI masih berada di landasan yang lemah kerana:

Kaunter teknologi mula melemah berikutan kenaikan ringgit.

Kaunter hartanah tidak menyertai rali ini dan naik hanya tiga peratus sahaja.

Kenaikan yang berpilih-pilih dalam sektor pembinaan.

Kaunter minyak yang naikturun mengikut harga minyak.

Pertumbuha­n keuntungan masih lemah.

Perladanga­n terjejas berikutan tiada rali harga minyak sawit mentah pada akhir tahun.

Pendapatan bank hanya meningkat berikutan jangkaan kenaikan OPR sahaja dan perkara ini sudah diambil kira serta pertumbuha­n hutang yang sangat sedikit.

Untuk laporan mingguan,

FMB KLCI melonjak 14.18 mata kepada 1,832.15. Pasaran Modal Utama Asia lebih tinggi pada

Isnin, meneruskan rali Tahun Baharu sekali gus mencapai paras tertinggi sejak Februari 2015

Prospek lebih cerah untuk ekonomi global nampaknya terus meningkat keyakinan pelabur, sementara geopolitik dan daya penggerak pasaran lain tetap tenang setakat ini.

Dow Jones juga meningkat kepada 25,295.87 mata, paras tertinggi dalam sejarah pada Jumaat kerana data penganggur­an kekal pada kadar 4.1 peratus.

Jumlah dagangan di Bursa Malaysia meningkat kepada 6,964 bilion saham yang diniagakan bernilai RM4.589 bilion.

Menurut statistik Bursa

Malaysia, aliran masuk asing bersih ialah RM369.2 juta. Ringgit kekal tidak berubah pada RM3.9975 berbanding dolar AS.

Harga minyak sawit mentah meningkat kepada RM2,594 satu tan, berikutan pemansuhan cukai eksport CPO untuk tiga bulan.

Minyak mentah WTI turun sedikit kepada AS$61.44 satu tong berikutan aktiviti pengambila­n untung. Harga emas turun sedikit kepada AS$1,319.59, tetapi masih mengekalka­n kenaikan selama empat minggu.

KLCI merosot 5.2 mata kepada 1,826.95 selepas kenaikan berturuttu­rut sejak 20 Disember 2017 berikutan aktiviti pengambila­n untung.

Pasaran saham Asia kebanyakan­nya ditutup lebih tinggi pada Selasa walaupun Wall Street ditutup bercampur-campur pada Khamis.

Jumlah dagangan menurun kepada 6.478 bilion saham yang diniagakan dinilai pada RM4.414 bilion.

Menurut statistik Bursa

Malaysia, aliran masuk asing bersih ialah RM153.2 juta.

Ringgit menambah nilai pada RM4.009 berbanding dolar AS.

Harga Minyak Sawit Mentah ditutup turun sedikit kepada RM2,597 berikutan jangkaan permintaan lembap pada Januari 2018. Harga Minyak mentah WTI naik kepada AS$62.96 berikutan pengeluara­n lebih besar daripada jangkaan dalam stok penimbal di Amerika Syarikat.

KLCI turun 4.03 mata kepada 1,822.92 selepas keuntungan berturut-turut dan pengambila­n untung.

Indeks Jepun, Korea,

Australia, Taiwan turut jatuh, tetapi Hong Kong masih berada di landasan untuk mencatat 12 hari untung berturut-turut.

Sesetengah pasaran saham

Asia menurun sedikit pada pagi Rabu, untuk menamatkan permulaan yang sangat bagus untuk 2018 untuk ekuiti global.

Jumlah dagangan menurun kepada 5,748 bilion saham yang diniagakan bernilai RM3.775 bilion.

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih asing adalah RM84.3 juta.

Ringgit menambah nilai pada RM4.0052 berbanding dolar AS.

Minyak Sawit Mentah naik kepada RM2,622 berikutan optimis dengan potongan cukai eksport. Harga minyak mentah melonjakka­n keuntungan­nya kepada AS$63.57 untuk mendaftark­an sesi keuntungan tiga hari berturut-turut.

Harga emas naik kepada AS$1316.89 berikutan dengan kebimbanga­n mengenai kemungkina­n China akan membeli bil perbendaha­raan AS dengan kadar lebih perlahan

KLCI turun -6.04 mata kepada 1,816.88 untuk tiga hari berturuttu­rut berikutan dagangan yang lemah dalam kaunter mewah.

Untung harga emas meluas

Pasaran Asia mengalami kerugian pada Khamis, dengan Tokyo dilanda oleh dolar yang lemah dan Hong Kong yang telah melonjak 12 hari memulakan Tahun baharu 2018 dengan baik memberi laluan untuk pengambila­n untung.

Jumlah dagangan menurun kepada 4.017 bilion saham yang diniagakan bernilai RM3.046 bilion. Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing adalah RM16.8 juta

Ringgit menambah nilai pada RM3.991 berbanding dolar AS.

Minyak sawit mentah menurun kepada RM2,567 berikutan pengukuhan ringgit. Minyak mentah WTI berakhir tinggi sedikit pada AS$63.80 selepas menghapus kebanyakan keuntungan hariannya.

Harga emas meluaskan keuntungan­nya selepas dolar AS turun dengan kumpulan mata wang.

Keluaran perindustr­ian Malaysia, seperti diukur oleh indeks pengeluara­n perindustr­ian (IPI), meningkat sebanyak 5 peratus pada November 2017, melebihi ramalan ahli ekonomi kenaikan 4.6 peratus.

Mengikut kenyataan daripada Jabatan Perangkaan, Peningkata­n pada bulan November disokong oleh pertumbuha­n dalam semua indeks - pembuatan (6.7%), perlombong­an (0.2%) dan elektrik (3.9%).

Berdasarka­n tahun ke tahun, pengeluara­n sektor perkilanga­n pada November meningkat dengan kukuh sebanyak 6.7 peratus selepas mencatatka­n peningkata­n sebanyak 4.2 peratus pada Oktober 2017.

Jabatan Perangkaan berkata sub-sektor utama yang mencatatka­n pengembang­an pada November 2017 adalah produk petroleum, kimia, getah dan plastik (7.5%), produk elektrik dan elektronik (6.9%) dan produk makanan, minuman dan tembakau (8.2%).

KLCI naik 5.79 mata untuk ditutup pada 1,822.67. Pasaran utama Asia ditutup pada Jumaat tinggi sedikit selepas ditutup lebih rendah pada Khamis, dengan kebanyakan indeks utama di rantau ini menjejaki kenaikan yang kuat di Wall Street.

Jumlah dagangan menurun kepada 3.934 bilion yang didagangka­n bernilai RM3.287 bilion. Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih asing adalah RM182.3 juta.

Ringgit menambah nilai kepada RM3,971 berbanding dolar AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia