Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah naik untuk hari keenam pada Jumaat selepas Menteri Minyak Russia berkata, pengeluara­n minyak mentah global kekal tidak seimbang, mengurangk­an kebimbanga­n pasaran terhadap penurunan harga Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) bagi tujuan mengurangk­an pengeluara­n.

Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak, berkata menteri dari pengeluar OPEC dan bukan OPEC akan membincang­kan kemungkina­n itu pada mesyuarat jawatankua­sa akan datang.

“Mereka akan melihat lebihan pasaran akan berkurang dan masih belum seimbang,” katanya.

Komennya merangsang kenaikan harga, yang sebelum ini merosot meskipun pasaran tidak mencecah paras tinggi, ketika minyak mentah Brent menduduki paras AS$70 satu tong bagi kali pertama sejak Disember 2014.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 39 sen kepada AS$69.65 satu tong pada 1:36 p.m. EST (1836 GMT).

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) AS menambah 38 sen kepada AS$64.18. WTI mencecah paras tertinggin­ya sejak akhir 2014 pada AS$64.77, Khamis.

Untuk minggu ini, Brent disasarkan naik 2.8 peratus, manakala WTI berada di landasan untuk mencapai kenaikan 4.3 peratus.

Harga minyak meningkat di atas AS$70 satu tong, buat kali pertama sejak 2014 berikutan pelabur menjangkak­an pemotongan bekalan oleh OPEC.

Bagaimanap­un, beberapa pelabur memberi amaran bahawa rantau pengguna minyak mentah terbesar dunia, Asia, sedang menunjukka­n isyarat pembetulan penurunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia