Berita Harian

Minyak, ringgit pacu pasaran

Dagangan di bursa tempatan dijangka tinggi minggu ini

-

Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini didorong harga minyak dan ringgit kukuh, pertumbuha­n ekonomi yang teguh dan pendapatan korporat lebih baik, kata peniaga.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat diunjurkan pada 5.5 peratus, mengatasi 4.5 peratus dalam tempoh sama pada 2016.

Beliau berkata, pertumbuha­n ekonomi yang kukuh dijangka mendorong Bank Negara Malaysia untuk menyemak semula kadar dasar semalaman pada suku pertama tahun ini.

“Kadar faedah mungkin meningkat pada suku pertama berikutan ekonomi kita yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata, penanda aras minyak mentah global, Brent, turut mencecah melebihi AS$70 (AS$1 = RM3.97) satu tong, paras yang tidak pernah dilihat dalam tempoh tiga tahun dan memberi manfaat kepada kira-kira 30 peratus syarikat di Bursa Malaysia sama ada secara langsung atau tidak dengan perniagaan minyak dan gas.

Nazri Khan berkata, satu lagi faktor yang mengejutka­n mengenai pengukuhan pasaran saham tempatan adalah tahap penyertaan tinggi daripada peniaga runcit dan aliran masuk dana asing yang baik.

Beliau berkata, pasaran saham tempatan dijangka tidak melihat sebarang kesan jika kadar faedah AS meningkat sebanyak 25 mata asas pada tahun ini.

FBM KLCI catat prestasi baik

“Peniaga sudah mengambil kira kenaikan kadar faedah AS sebanyak 25 mata asas. Jika kenaikan lebih daripada itu, akan ada pengeluara­n dana daripada pasaran tempatan,” katanya.

Bagi perbanding­an Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI mencatat prestasi yang lebih baik, naik 4.7 mata kepada 1,822.67.

Pasaran saham tempatan memulakan minggu lalu lebih tinggi sebelum berehat seketika selama tiga hari berturut-turut selepas meningkat selama dua minggu.

Indeks FBM Emas naik 57.19 mata kepada 13,222.6, Indeks FBMT 100 menambah 52.98 mata kepada 12,862.66, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 96.59 mata kepada 13,707.33, FBM 70 menokok 134.55 mata kepada 16,627.16 dan FBM Ace meningkat 11.81 mata kepada 6,905.78.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 124.63 mata kepada 17,210.91, Indeks Perladanga­n naik 133.06 mata kepada 8,137.82 dan Indeks Perusahaan menambah 7.36 mata kepada 3,399.54.

Jumlah dagangan meningkat kepada 27.14 bilion unit bernilai RM19.11 bilion daripada 19.69 bilion unit bernilai RM13.02 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 17.88 bilion saham bernilai RM17.59 bilion daripada 12.12 bilion saham bernilai RM11.77 bilion pada Jumaat lalu. Jumlah dagangan waran meningkat kepada 3.46 bilion unit bernilai RM479.51 juta daripada 2.99 bilion unit bernilai RM441.37 juta sebelum ini.

Pasaran ACE naik kepada 5.74 bilion saham bernilai RM1.02 bilion berbanding 4.54 bilion saham bernilai RM786.69 juta pada minggu sebelumnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia