Berita Harian

100 murid enam sekolah rendah terima bantuan

Mimbar Nusantara bantu ringan beban keluarga tak berkemampu­an

- Oleh Shaarani Ismail

Pemaju perumahan, Syarikat Mimbar Nusantara Holdings (Mimbar Nusantara) menyampaik­an sumbangan persekolah­an kepada kira-kira 100 murid daripada enam sekolah rendah di sekitar Chemor, dekat sini, sebagai satu daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam membantu pelajar kurang berkemampu­an.

Pengarah Urusannya, Nazrin Cheong, berkata program pengagihan membabitka­n pelajar kurang berkemampu­an dari Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Mahmud, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Tanah Hitam, SJKC Chong Hwa Khantan Baru, SJKC Kuala Kuang dan SJKC Pei Cheng.

Katanya, turut menerima sumbangan adalah pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Chemor.

“Kami rasa sangat bersyukur kerana dapat sama-sama menyediaka­n sumbangan ikhlas membantu pelajar yang kurang berkemampu­an dalam persiapan sesi persekolah­an baharu walaupun sumbangan itu hanya sumbangan yang kecil.

Suntik semangat

“Melalui CSR yang dilaksanak­an ini mesej saya ringkas dan jelas iaitu mahu memberikan semangat dan harapan kepada semua pelajar yang kurang berkemampu­an.

“Kemiskinan tidak bermakna kita tidak mampu untuk berjaya pada masa hadapan, apa yang penting usaha kita mesti terus positif, berusaha dan kerja keras serta menetapkan sasaran untuk berjaya dalam hidup barulah kita boleh berjaya,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, syarikatny­a kini sedang membangunk­an beberapa projek perumahan mampu milik di seluruh negeri membabitka­n beberapa kawasan antaranya, Batu Gajah, Kampar dan Ipoh dan memfokuska­n pembinaan rumah pada harga antara RM130,000 sehingga RM200,000.

Katanya, harga perumahan yang dibangunka­n Mimbar Nusantara adalah harga paling mampu milik dan selari dengan usaha Kerajaan Persekutua­n dan negeri dalam menyediaka­n perumahan mampu dimiliki rakyat.

 ?? [FOTO IHSAN MIMBAR NUSANTARA] ?? Nazrin (belakang tiga dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada murid SK Haji Mahmud, Ipoh, semalam.
[FOTO IHSAN MIMBAR NUSANTARA] Nazrin (belakang tiga dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada murid SK Haji Mahmud, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia