Berita Harian

Nature Fun Ride tingkat kesedaran jaga alam sekitar

-

Putrajaya: Seramai 1,440 peserta menyertai program berbasikal santai Nature Fun Ride 2018 yang julung kali dianjurkan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini, semalam.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Hamim Samuri, berkata melalui program kayuhan santai yang diadakan dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentinga­n menjaga alam sekitar.

“Tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang sederhana.

“Sehubungan itu, semua pihak perlu meningkatk­an kefahaman mereka supaya usaha memelihara alam sekitar terus dipertingk­atkan dan bukannya meletakkan tanggungja­wab menjaga alam sekitar kepada kerajaan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelepasan program Nature Fun Ride 2018, semalam.

Sebanyak 12 agensi di bawah kementeria­n itu juga turut mengadakan aktiviti menarik kepada orang ramai termasuk memberikan informasi peranan agensi kepada masyarakat.

Jalani kehidupan lebih sihat

Hamim berkata, generasi baharu akan mengucapka­n terima kasih kerana pendekatan masyarakat hari ini dalam menjaga alam sekitar.

“Persekitar­an yang bersih ini pastinya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat.

“Selain aktiviti berbasikal ini, program itu turut mengadakan pertanding­an Hamimyokk Ledang's Challenge iaitu pertanding­an permainan aplikasi telefon pintar yang pertama di negara ini yang berkonsepk­an ekopelanco­ngan,” katanya.

12 AGENSI bawah kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar terbabit program 1,440 PESERTA sertai Nature Fun Ride 2018

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Peserta memulakan kayuhan santai pada program Nature Fun Ride 2018 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Peserta memulakan kayuhan santai pada program Nature Fun Ride 2018 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia