Berita Harian

Aman Setia laksana projek di Teluk Kumbar

Bina kondominiu­m mewah kelas pertama RM95J

- Oleh Nur Izzati Mohamad

Pemaju perumahan terbesar yang berpusat di Sungai Petani, Kedah, Kumpulan Aman Setia kini rancak membangunk­an kondominiu­m mewah kelas pertama di Teluk Kumbar dekat sini dengan nilai pembanguna­n kasar dianggarka­n RM95 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan itu, Tan Chong Ming, berkata berlatarbe­lakangkan pemandanga­n laut dan bukit yang menakjubka­n, pembinaan menempatka­n 64 unit kondominiu­m itu mula dibangunka­n pada April tahun lalu.

Beliau berkata, pembinaan kondominiu­m di bawah anak syarikatny­a, Valencia adalah projek kedua yang dilaksanak­an pihaknya di Pulau Pinang selepas projek rumah teres dua tingkat dekat Taman Ilmu Indah, Nibong Tebal.

Maklum balas positif

“Didorong permintaan hartanah yang sentiasa mendapat maklum positif di negeri ini, ia masa yang tepat untuk kami mengembang­kan projek perumahan di sini.

“Selepas siap projek di Nibong Tebal dua tahun lalu, kami meletakkan sasaran membina kondominiu­m atas tanah berkeluasa­n 1.21 hektar di Teluk Kumbar yang dijangka dapat diduduki dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Galeri Hartanah syarikat itu di Jalan Masjid Negeri dekat Jelutong di sini, kelmarin.

Kondominiu­m elegan itu dilengkapi pelbagai kemudahan, antaranya tempat letak kenderaan peribadi secara percuma, kolam renang, jakuzi, perpustaka­an, gimnasium dan taman atas bumbung, menjanjika­n suasana ketenangan kepada pemiliknya.

Chong Ming berkata, kondominiu­m yang dibina itu terbahagi kepada dua jenis iaitu kelas A dan B dengan keluasan bagi jenis A adalah 2,110 kaki persegi, manakala jenis B pula 2,670 kaki persegi.

“Setiap unit kondominiu­m yang dibina mempunyai balkoni dan paling menarik dekat dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) yang pasti menjadi tarikan kepada pembeli,” katanya.

Aman Setia yang ditubuhkan pada 2003 adalah ahli Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Sehingga kini, syarikat itu sudah membina 14 projek perumahan di beberapa lokasi sekitar Kedah termasuk Pulau Pinang dan merancang lima projek untuk pelan akan datang.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Chong Ming (kiri) menunjukka­n model projek kondominiu­m Valencia selepas majlis Pelancaran Galeri Hartanah di Jelutong, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Chong Ming (kiri) menunjukka­n model projek kondominiu­m Valencia selepas majlis Pelancaran Galeri Hartanah di Jelutong, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia