Berita Harian

Anak anggota, kakitangan IPK Selangor terima bantuan

-

Shah Alam: Seramai 565 anak anggota dan kakitangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima bantuan persekolah­an, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata bantuan persekolah­an itu adalah sumbangan peribadi Ketua Pegawai Eksekutif Beras Nasional Berhad (BERNAS), Abdul Karim Lassim.

“Kita berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan kerana ia sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban anggota serta kakitangan IPK Selangor dan IPD Shah Alam yang mempunyai pendapatan sederhana.

“Anak anggota dan kakitangan IPK adalah 348 orang, manakala 217 lagi kepada anak anggota dan kakitangan IPD Shah Alam yang berpangkat subinspekt­or dan ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaia­n Bantuan Persekolah­an IPK Selangor, di IPK Selangor, di sini.

Shafien berkata, setiap anak menerima sepasang baju sekolah, kasut serta beg bernilai RM175.

“Kami mengalu-alukan lebih ramai pihak sama ada individu atau syarikat tampil memberikan sumbangan agar lebih banyak bantuan boleh diberikan pada masa akan datang,” katanya.

Seronok terima bantuan

Sementara itu, penerima bantuan, Shahril Aiman Daniel Mohd Helmi,10, berkata dia seronok menerima kelengkapa­n sekolah baharu, apatah lagi abangnya, Mohd Hafiq Daniel, 17; Mohd Akil Irfan Daniel, 16 serta kakaknya, Nur Syafea Emalyn, 14, turut menerima kelengkapa­n yang sama.

“Seronok sangat kerana kami berempat mendapat kelengkapa­n sekolah yang baharu walaupun sekolah sudah memasuki minggu ketiga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia