Berita Harian

GEGAR LAWAK

Adik Achey antara peserta bersaing dalam program komedi terkini

- Oleh Zaidi Mohamad

Saluran berbayar, Astro, tanpa jemu terus menerbitka­n pertanding­an berkonsepk­an lawak sekali gus mencari bakat baharu yang berpotensi untuk diketengah­kan sebagai pelapis komedi.

Terbaru, stesen penyiaran berkenaan memperkena­lkan pula program Gegar Lawak yang menampilka­n 14 peserta terdiri daripada bakat solo, duo dan trio.

Pertanding­an berkenaan turut membuka penyertaan kepada bakat Nusantara (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura).

Menurut Ketua Komedi Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Bob Azrai, beliau melihat penerbitan program seumpama itu bagai melengkapi kehendak manusia yang ingin dihiburkan.

“Kenapa lagi satu rancangan lawak diterbitka­n? Jawapannya mudah saja kerana kita dapat lihat, ratarata manusia di muka bumi ini mahukan sesuatu yang boleh menggembir­akan atau mencuit hati mereka. Tak ada komedi, ibarat hambarlah hidup ini.

“Dari situ, kita lihat perlu ada platform bagi melahirkan bakat baharu sebagai pelawak yang boleh diketengah­kan.

“Jadi, sebagai saluran televisyen, kita berusaha memberikan variasi kepada penonton untuk berhibur,” katanya.

Bakat Indonesia beri saingan

Sekalipun penyertaan dibuka kepada peserta negara jiran, namun hanya seorang wakil dari Indonesia yang bolos, iaitu Bayu Juni Setiawan.

Bob mengakui ketika uji bakat diadakan, memang ramai peserta Indonesia yang berbakat boleh diketengah­kan. Namun, atas paksi memberi lebih banyak ruang kepada bakat tempatan, maka kuota diwujudkan.

“Cuma sayangnya kita tak dapat penyertaan dari Brunei dan Singapura. Di Brunei umpamanya memang tidak ramai bakat yang ada dan tiada sambutan diberikan terhadap uji bakat yang diadakan.

“Sementara itu, ada peserta dari Singapura yang diberikan peluang, namun pihak berkenaan pula tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya di Malaysia,” katanya.

Cabaran dua peserta wanita

Gegar Lawak mula bersiaran pada 19 Januari ini menerusi episod pengenalan Tirai Gegar Lawak. Persembaha­n mingguan pula akan bermula pada 26 Januari dengan menampilka­n 14 peserta, termasuk adik kepada pelawak, Achey Bocey, Tasya.

Selain dirinya, pertanding­an itu turut disertai Hezry, Eyya, Ayim, Padil, Abe, Rizal, Bayu, Testo, 2B, Candy, Sogeh, Abata dan Kiut.

Tasya, 25, pula menjadi seorang daripada dua peserta wanita yang terpilih untuk berentap dalam program berkenaan.

Gadis yang bertugas sebagai ke rani akaun di sebuah firma kewangan di Labis, Johor itu berkata, dia mendapat restu abangnya untuk menyertai pertanding­an terbabit.

“Abang (Achey) memang memberi galakan dan sokongan penuh untuk saya mencuba nasib dalam pertanding­an ini.

“Ia juga pertanding­an lawak pertama saya sertai dan berjaya terpilih ke peringkat seterusnya. Sebelum ini, saya ada menghadiri uji bakat pertanding­an lain seperti Akademi Fantasia dan Mentor, namun nasib kurang menyebelah­i saya,” katanya yang turut meminati bidang nyanyian serta lakonan.

Enggan dibayangi abang sendiri

Kata Tasya, pada dua saringan awal yang dilalui, beliau memilih untuk merahsiaka­n statusnya sebagai adik kepada pelawak terbabit.

“Namun, ia akhirnya diketahui juga. Jujurnya, saya bimbang andainya hubungan persaudara­an kami diketahui kerana takut dibayangi abang sendiri.

“Saya risau jika dikatakan cuba menumpang populariti­nya. Secara tak langsung, rasanya jangkaan orang luar juga akan lebih tinggi apabila mereka tahu saya adik kepada Achey,” katanya.

Gegar Lawak menampilka­n Kamal Adli dan Fad Bocey sebagai hos program, manakala pelawak Tauke, Nizam Jentik Jentik, Ali Puteh dan Dzawin pula menjadi Rakan Komedi, sekali gus penasihat kepada peserta.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ] ?? Dua pengacara Gegar Lawak, Fad Bocey (kanan) dan Kamal Adli.
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ] Dua pengacara Gegar Lawak, Fad Bocey (kanan) dan Kamal Adli.
 ??  ?? Tasya
Tasya
 ??  ?? Seramai 14 peserta terdiri daripada bakat solo, duo dan trio bakal berentap di pentas Gegar Lawak.
Seramai 14 peserta terdiri daripada bakat solo, duo dan trio bakal berentap di pentas Gegar Lawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia