Berita Harian

Hangat, menghiburk­an

Konsert sempena Festival Gegaria tarik puluhan ribu penonton

- Oleh Zaidi Mohamad

Umpama sebuah persembaha­n berskala besar yang menghimpun­kan artis terkemuka antarabang­sa, konsert istimewa dianjurkan bersempena Festival Gegaria di pekarangan Tapak Parkir B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Sabtu lalu, berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung untuk menyaksika­nnya.

Festival ‘hipster’ julung kali oleh Media Prima Bhd ini, yang bermula sejak awal pagi hingga ke malam dengan aneka pengisian itu sememangny­a berjaya menarik perhatian ramai untuk membanjiri tapak acara.

Begitupun, penutup acara iaitu konsert yang menyajikan hiburan hebat sentiasa ditunggu-tunggu ramai. Apatah lagi apabila beberapa artis terkenal tempatan menghangat­kan pentasnya.

De Fam memukau

Sejak petang lagi, pengunjung yang begitu ‘sporting’ tidak berganjak dan menunggu penuh sabar untuk berhibur dengan artis kesayangan mereka seperti De Fam, Noh Salleh, Akim & The Majistret dan Bunkface.

Sambil menikmati pelbagai juadah daripada kendera saji yang tersedia, pengunjung mencuri kesempatan mengalas perut sebelum larut dengan persembaha­n diatur.

Trio De Fam, yang tampil berdua tanpa Cik Manggis memulakan persembaha­n dengan lagu KL Love, Bila

Ada Kamu dan Supergirls.

Biarpun anggotanya tidak lengkap, kehadiran Azira Syafinaz dan Sophia Liana berjaya membuatkan adrenalin penonton terpompa. Dua penyanyi jelita itu sememangny­a lincah ketika beraksi di pentas.

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, tidak menunggu lama untuk menghangat­kan kedinginan malam dengan seleksi lagu

Hati dan

Tempat Noh di atas pentas seterusnya diisi kumpulan yang mula mencuri perhatian, Kugiran Masdo, menerusi lagu dan

Kumpulan yang menggabung­kan adunan muzik baharu dan lama ini ternyata mampu memikat kelompok peminat mereka dengan cara tersendiri. Ketika mendendang­kan lagu terakhir mereka, Noh, dan pengacara konsert, AG serta Haiza, turut naik ke pentas untuk bergelek sama

Suasana seterusnya dipanaskan dengan aksi bertenaga kumpulan Akim & The Majistret. Akim yang juga suami kepada penyanyi Stacy membuat ramai yang terpana dengan suaranya melalui deretan lagu hits seperti dan

Momentum dicetuskan kumpulan berkenaan diteruskan dengan kemunculan trio Bunkface dengan lagu dan

Enam finalis AJL32 hibur pengunjung

Selain pelbagai tarikan dan aktiviti yang disediakan penganjur, barisan artis yang ditampilka­n pada acara persembaha­n dilihat berupaya menarik kehadiran pengunjung ke festival terbabit. Ia sebuah acara yang cukup sesuai untuk generasi muda dan seisi keluarga.

Percubaan Media Prima Berhad menganjurk­an acara ini buat kali pertama wajar dipuji berdasarka­n sambutan memberangs­angkan yang diterima.

Terdahulu pada sebelah petang, pentas utama turut menjadi tumpuan orang ramai apabila enam finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke32, Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel, Haqiem Rusli dan Salma mengadakan persembaha­n.

Dengan peminat menyanyi bersama hampir setiap lagu yang disampaika­n artis terbabit, ia juga umpama pentas latihan buat mereka sebelum berentap pada pertanding­an berprestij itu, 11 Februari depan.

 ??  ?? Akim & The Majistret Noh Salleh
Akim & The Majistret Noh Salleh
 ??  ?? Kumpulan De Fam beramah-mesra dengan peminat.
Kumpulan De Fam beramah-mesra dengan peminat.
 ??  ?? Persembaha­n bertenaga daripada Bunkface.
Persembaha­n bertenaga daripada Bunkface.
 ?? [ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD / BH ] ?? Kumpulan Kugiran Masdo ketika membuat persembaha­n pada Festival Gegaria di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
[ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD / BH ] Kumpulan Kugiran Masdo ketika membuat persembaha­n pada Festival Gegaria di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia