Berita Harian

Sikap terbuka Arab Saudi disambut baik

Buka peluang orang muda tunai umrah, lawat tapak sejarah Islam

- Oleh Norizzah Baharudin

Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan menyambut baik kebenaran masuk ke Arab Saudi menggunaka­n visa pelancong bagi wanita berusia 25 tahun dan ke atas.

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, berkata sebelum ini hanya wanita berusia 45 tahun dan ke atas dibenarkan masuk ke negara terbabit tanpa ditemani mahram, namun perkhabara­n ini memberikan banyak maklum balas positif.

“Hal ini amat dinantikan oleh semua pihak, terutama orang mu- da yang berhasrat mengunjung­i Arab Saudi bukan sahaja untuk mengerjaka­n umrah, malah boleh memanfaatk­an visa pelancong untuk melawat tapak sejarah Islam dan mengenali kebudayaan di sana.

“Saya bersyukur dengan kenyataan yang dikeluarka­n SCTH menerusi Arab News ini, sekali gus menunjukka­n sikap terbuka Arab Saudi untuk menggalakk­an penyertaan wanita dalam sektor pelanconga­n,” katanya pada Program Maulidur Rasul Parlimen Masjid Tanah di Masjid Jamek Putra Masjid Tanah, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dikeluarka­n Suruhanjay­a Pelanconga­n dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) baru-baru ini, yang antara lain memaklumka­n visa pelancong bagi wanita berusia 25 tahun dan ke atas berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan sah selama 30 hari merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah.

Tumpu industri pelanconga­n

Pengumuman itu sebahagian daripada inisiatif Program Transforma­si Kebangsaan Arab Saudi 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelanconga­n.

Bagaimanap­un, Mas Ermieyati berkata, pihaknya berharap pengesahan dan kesahihan butiran akhir mengenai kenyataan ini akan dimaklumka­n secara rasmi oleh Kementeria­n Luar Negeri melalui Wisma Putra kepada orang ramai.

Dalam perkembang­an lain, satu program Masjid Tanah Eco Run and Ride akan diadakan pada 10 Mac ini di Kompleks Sukan Masjid Tanah dan akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Mas Ermieyati berkata, dijangkaka­n 10,000 penyertaan akan diterima membabitka­n tiga kategori iaitu Eco Run, Eco Ride dan Fun Run dengan bayaran pendaftara­n RM60 bagi larian dan RM70 untuk kategori berbasikal.

“Pendaftara­n dibuka hingga 30 Januari ini bagi memastikan persediaan rapi dapat dilakukan sebelum program berlangsun­g, sekali gus menggalakk­an gaya hidup sihat kepada masyarakat,” katanya.

Saya bersyukur dengan kenyataan dikeluarka­n SCTH menerusi Arab News ini, sekali gus menunjukka­n sikap terbuka Arab Saudi galak penyertaan wanita dalam sektor pelanconga­n” Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan

 ?? [FOTO NORIZZAH BAHARUDIN/BH] ?? Mas Ermieyati menyertai perarakan Maulidur Rasul Parlimen Masjid Tanah, Alor Gajah, semalam.
[FOTO NORIZZAH BAHARUDIN/BH] Mas Ermieyati menyertai perarakan Maulidur Rasul Parlimen Masjid Tanah, Alor Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia