Berita Harian

Ibu tunggal di Sabah digalak sertai persatuan

-

Kota Kinabalu: Ibu tunggal seluruh Sabah digesa mendaftar diri dengan Persatuan Ibu Tunggal negeri ini untuk memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah, Datuk Rosimah Zakaria, berkata sebanyak 15 Parlimen sudah mewujudkan persatuan ini di Sabah, setakat ini.

“Saya meminta ibu tunggal yang belum menyertai persatuan ini agar segera mendaftar di kawasan masing-masing.

Kongsi maklumat

“Menerusi persatuan itu, ibu tunggal dapat berkongsi maklumat antara mereka dalam usaha memajukan diri dan ekonomi masingmasi­ng.

“Ini membantu mereka agar tidak terbelengg­u dengan masalah kemiskinan atau berasa rendah diri disebabkan kekurangan diri,” katanya di sini.

Sebanyak 15 Parlimen yang mempunyai Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan cawangan Sabah setakat ini ialah Parlimen Kudat, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau, Pensiangan, Silam, Tawau, Kinabatang­an dan Sandakan.

Program jana ekonomi

Rosimah berkata, beberapa program akan diadakan bagi membolehka­n ibu tunggal menjana ekonomi keluarga mereka, pada tahun ini.

“Program itu antaranya ialah kursus membuat bun, kuih dan keropok lekor menerusi peruntukan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

“Dalam pada itu, enam daripada 15 Parlimen itu turut menerima geran untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Ini bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin membantu ibu tunggal di negeri ini,” katanya.

 ?? FOTO IHSAN PERSATUAN IBU TUNGGAL KEBANGSAAN MALAYSIA ?? Rosimah (lima dari kiri) menyampaik­an geran kepada ahli Persatuan Ibu Tunggal di Sabah, Kota Kinabalu.
FOTO IHSAN PERSATUAN IBU TUNGGAL KEBANGSAAN MALAYSIA Rosimah (lima dari kiri) menyampaik­an geran kepada ahli Persatuan Ibu Tunggal di Sabah, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia