Berita Harian

Kuasa media sosial tingkat pasaran busana pengantin

Pantas, kerap muat naik koleksi taktik pancing pelanggan

- Oleh Syalikha Sazili

Pemasaran agresif menerusi platform media sosial untuk meningkatk­an pasaran perniagaan dijangka mampu menyuburka­n kembali industri fesyen busana pengantin.

Pantas dan kerap memuat naik koleksi terbaru serta berkongsi tip fesyen pengantin bersama pengikut, antara teknik untuk memancing pelanggan setia pada jenama bagi pakaian pengantin.

Pereka fesyen, Mohd Redzwan Abdul Rahim, berkata sejak tahun lalu ramai pereka fesyen yang terkesan dengan keadaan ekonomi merundum dan ia boleh dilihat dengan jumlah kedatangan pelanggan ke butik berkuranga­n.

Beliau berkata, tindakan pantas sesetengah pereka fesyen yang bijak membuat percaturan berjaya mengatasi masalah terbabit dan menjadikan akaun media sosial sebagai cara menarik pelanggan.

“Tidak dinafikan kuasa media sosial cukup hebat, jika kita tahu teknik tepat untuk mengetenga­hkan produk ia mudah tersebar luas atau menjadi viral.

“Saya menggunaka­n akaun media sosial seperti Instagram untuk mempamerka­n koleksi terkini.

“Kita tak boleh bergantung pada kaedah tradisiona­l seperti menunggu pelanggan ke butik atau pertunjuka­n fesyen. Media sosial membawa perubahan baharu dan impak lebih berbeza terhadap hasil jualan busana pengantin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertunjuka­n fesyen The Wedding KL 2018 di Hotel Mandarin Oriental, baru-baru ini.

Perlu identiti

Seramai 20 pereka pakaian pengantin tempatan dan luar negara dipamerkan pada acara itu.

Mohd Redzwan atau dikenali sebagai Dwen Raha, berkata selain pemasaran dalam talian, pereka fesyen perlu mempunyai identiti mengetenga­hkan hasil sentuhan

 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] ?? Model memperaga busana pengantin pada pertunjuka­n fesyen The Wedding KL 2018, baru-baru ini.
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] Model memperaga busana pengantin pada pertunjuka­n fesyen The Wedding KL 2018, baru-baru ini.
 ??  ?? Mohd Redzwan Abdul Rahim
Mohd Redzwan Abdul Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia