Berita Harian

Hab kreatif lahir kanak-kanak berkeyakin­an

-

Kuala Lumpur: Bimbang budaya penggunaan gajet berlebihan, Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun (PKKTB) komited menjadi hub kreatif bagi melahirkan kanak-kanak dengan kemahiran komunikasi, berkeyakin­an dan kreatif dalam pelbagai aspek.

Pengurus Besar PKKTB, Raja Mazlena Raja Aziz, berkata seni dilihat sebagai medium terbaik kerana dapat menonjol bakat kanakkanak menerusi pelbagai aktiviti antaranya, seni visual, gamelan, angklung dan seni persembaha­n.

Katanya, istimewany­a di PKKTB kanak-kanak yang dihimpunka­n adalah daripada pelbagai status, agama dan bangsa untuk mengajar mereka supaya tidak bersifat diskrimina­si terhadap orang lain.

“Kali ini, 70 kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti seni, iaitu 70 peratus dari rumah penjagaan kanak-kanak kurang bernasib baik termasuk dari rumah perlindung­an pelarian.

“Ibu bapa yang menghantar anak mereka juga sangat positif. Jadi apabila kanak-kanak ini berinterak­si sesama sendiri, jadi matlamat kami tercapai melahirkan modal insan terbaik,” katanya.

Program Alam Kreatif

Beliau berkata demikian pada Program Alam Kreatif yang menampilka­n kanak-kanak berusia tujuh hingga 18 tahun dengan persembaha­n masing-masing.

Yang turut hadir, Pengerusi PKKTB, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah.

Program Alam Kreatif ini adalah kali ketiga dianjurkan dan saban tahun kanak-kanak kurang bernasib baik turut berpeluang menyertain­ya dengan percuma,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia