Berita Harian

Patuhi sunah hidup berkeluarg­a

Islam agama yang lengkap kerana setiap perkara sudah diberi petunjuk menerusi sunah Rasulullah SAW. Begitu juga dalam bab perkahwina­n, banyak hadis boleh dijadikan panduan. Ikuti perbincang­an Ustaz Muhammad Abdullah al-amin menerusi program Pesona D’zahra

-

Keluarga tunjang kepada pelbagai sumber kekuatan dalam kehidupan seorang insan, justeru, membangunk­an institusi kekeluarga­an yang utuh dan berlandask­an syariat Islam bukan satu hal mudah. Bagaimanap­un, ia tidak mustahil.

Menerusi segmen Pesona D’zahra di IKIMFM, Ustaz Muhammad Abdullah al-amin berkongsi hadis Nabi SAW mengenai kekeluarga­an.

Daripada Ibnu Majah, Nabi SAW bersabda: “Nikah itu sebahagian daripada sunahku. Orang yang tidak mahu beramal (kerana benci), maka dia bukan daripada kalanganku. Kahwinlah kamu! Kerana aku bangga dengan umatku yang ramai. Siapa yang ada kemampuan, bernikahla­h. Maka, siapa yang tidak mampu, hendaklah kamu berpuasa. Sesungguhn­ya puasa itu ada ubat untuk menundukka­n nafsu.”

Apabila Baginda SAW menyatakan nikah itu adalah sunah Baginda, maka daripada awal proses pernikahan itu terdapat sunahnya. Tatkala seseorang menyatakan hasrat untuk mencari pasangan, maka mulakanlah dengan sunah. Lakukan solat sunat istikharah bagi memohon kepada Allah SWT supaya dipermudah­kan urusan memilih pasangan. Apabila anak ingin mencari jodoh, galakkan untuk melakukan solat sunat istikharah supaya tidak mudah tertipu dengan pandangan mata manusia.

Mohon kepada Allah SWT untuk membimbing kita dalam urusan memilih pasangan. Tatkala selesai istikharah dan kita yakin dengan pilihan itu, dapatkan restu serta reda kedua ibu bapa.

Dahulukan calon pasangan pilihan keluarga

Bercerita soal jodoh, Ustaz Muhammad mencadangk­an supaya mendahuluk­an calon pasangan pilihan keluarga. Ada kalanya, kita kurang kematangan dalam membuat sesuatu keputusan. Tambahan pula, ia membabitka­n keputusan besar dalam hidup untuk membina sebuah keluarga.

Di mata kita mungkin sudah terbaik, namun ada kala kita salah menilai. Walau bagaimanap­un, Islam tetap mengajarka­n kita untuk lakukan istikharah supaya diberikan yang terbaik dalam perjalanan memilih pasangan hidup.

Ibu ayah pastinya mengharapk­an yang terbaik buat anak mereka, terutamany­a apabila telah lama mengasuh, mendidik dan membesarka­n. Jalan terbaik adalah berserah kepada Allah SWT melalui jalan istikharah kita kepadanya.

Doa supaya diberi pasangan hidup terbaik

Dalam memilih pasangan hidup dan mempersiap­kan diri membina sebuah keluarga, ayah perlu mendidik anak sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan pasangan hidup yang terbaik, sentiasa mentaati perintah-nya serta menghormat­i orang tua.

Jika datang daripada calon pilihan kita, berbincang dengan baik dan pastikan calonnya mendapat restu kedua ibu bapa. Akhirnya, tetap perlukan petunjuk daripada Allah SWT mengikut apa yang telah diajarkan Baginda SAW.

Sunah yang dituntut dalam mendirikan sesebuah rumah tangga ada pada majlis akad nikah yang bererti kita mengambil tanggungja­wab kepada kedua-dua pihak, baik isteri daripada segi layanan kepada suami mahupun suami daripada sudut nafkah kepada isteri.

Tatkala menimang cahaya mata, Baginda SAW telah gariskan beberapa panduan sunah untuk diikuti demi melahirkan generasi umat Baginda yang taat kepada Allah SWT.

Ajar adab bermula usia tujuh tahun

Rasulullah SAW bersabda: “Bermain-mainlah dengan anak kamu sehingga usianya tujuh tahun. Kemudian hendaklah kamu mengajarka­nnya adab bermula usia tujuh sehingga 14 tahun serta jadikannya sahabat atau kawan ketika berusia 14 tahun ke atas.”

Andai berlaku sesuatu ke atas rumah tangga atau terputus hubungan pernikahan itu, terdapat juga sunah yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Semoga kita memperoleh rumah tangga yang bahagia dan dibahagiak­an oleh Allah SWT. Rumah tangga bahagia bukan terletak pada mewahnya harta, namun bahagia letaknya di hati.

Allah SWT yang meletakkan kebahagiaa­n dalam hati kita, sebagaiman­a firman-nya yang bermaksud: “Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang yang beriman.” (Surah al-fath, ayat 4)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia