Berita Harian

Usah tenggelam dengan tipu daya dunia

-

Ketika berhias di hadapan cermin, Rasulullah SAW menganjurk­an kita berdoa: “Ya Allah sempurnaka­n akhlakku seperti mana Engkau sempurnaka­n kejadianku.”

Secara tidak langsung doa ini mengajar kita bahawa nilai akhlak jauh lebih penting daripada rupa lahir kita. Ini sesuai dengan sabda Baginda SAW juga mengenai nilai seorang manusia bukan pada wajah lahiriah, tetapi wajah batinnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT tidak memandang rupa lahir kamu dan harta kekayaan kamu, tetapi Allah SWT memandang hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)

Iman dan takwa

Ketika manusia jahiliah tenggelam dengan pelbagai kenikmatan dunia, Rasulullah SAW menyampaik­an peringatan dan amaran daripada Allah SWT bahawa kehidupan dunia itu tiada apa-apa nilai melainkan mata benda yang menipu daya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mata benda

yang menipu daya.” (Surah al-hadid, ayat 20)

Oleh sebab itu, Saidina Bilal yang berkulit hitam, berbibir tebal dan berambut kerinting tidak merasa hina diri kerana Allah SWT dan Nabi SAW telah memuliakan­nya dengan iman serta takwa.

Dengan penuh kesyukuran Bilal berkata, “Dulu aku hamba, Allah SWT telah bebaskan aku dengan iman. Duku aku hina, Allah SWT telah muliakan aku dengan Islam.”

Justeru, jangan terlalu berbangga dengan kecantikan luaran, tetapi perindahka­nlah akhlak kita.

Secara tidak langsung doa ini mengajar kita bahawa nilai akhlak jauh lebih penting daripada rupa lahir kita”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia