Berita Harian

Sasar terbit 31,700 judul buku setahun

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menyasarka­n penerbitan buku tanah air mencapai 31,700 judul setahun menjelang 2020 berbanding 19,713 tahun lalu seiring jumlah rakyat Malaysia sekitar 31.7 juta sekarang.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata sasaran itu berdasarka­n standard penerbitan negara maju yang disyorkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO), iaitu satu judul bagi 1,000 penduduk.

“Patik percaya sasaran disebut tadi dapat dicapai dengan adanya penggemble­ngan usaha dan sokongan pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, swasta serta pihak yang terbabit secara langsung dalam industri,” katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan pada majlis pelancaran buku Istana Pahang: The Palace of Pahang terbitan Universiti Putra Malaysia (UPM Press) di Perpustaka­an Negara Malaysia, di sini.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melancarka­n buku berkenaan yang ditulis oleh Orang Besar Istana Pahang, Datuk Seri Halim Ibrahim dan pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan UPM Prof Madya Datuk Dr Norhasni Zainal Abidin.

Kemajuan industri buku

Mohamed Nazri, berkata amalan membaca dan kadar literasi menjadi faktor utama kemajuan industri buku dan penentu kejayaan Malaysia mencapai sasaran sebagai Kota Buku Dunia pada 2020.

Beliau turut menzahirka­n harapan memperkuku­h kerjasama dengan kerajaan Pahang, khususnya dalam usaha meningkatk­an aktiviti penyelidik­an, sekali gus mempromosi­kan Pahang sebagai destinasi pelanconga­n ilmu tahun ini.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Tengku Abdullah dan Mohamed Nazri pada majlis pelancaran buku Istana Pahang: The Palace of Pahang di Perpustaka­an Negara, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Tengku Abdullah dan Mohamed Nazri pada majlis pelancaran buku Istana Pahang: The Palace of Pahang di Perpustaka­an Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia