Berita Harian

1,500 penduduk diarah pindah

Gunung berapi jejas rakyat Papua New Guinea

-

Kira-kira 1,500 penduduk di sebuah pulau di utara pantai Papua New Guinea terpaksa selepas gunung berapi berhampira­nnya meletus. Pertubuhan Palang Merah tempatan berkata, gunung berapi yang terletak di pulau Kadovar, iaitu kira-kira 24 kilometer dari utara tanah besar Papua New Guinea itu dilaporkan mula meletus pada 5 Januari lalu.

Keadaan itu menyebabka­n kirakira 590 orang penduduk yang tinggal di kawasan itu terpaksa dipindahka­n ke pulau berdekatan, iaitu Blup Blup.

Menurut Balai Cerap Volkanolog­i Rabaul (Balai Cerap) dalam satu buletin, selepas beberapa hari diselubung­i abu, gunung berapi berkenaan meletus pada Jumaat lalu sebelum membebaska­n batu merah bercahaya bersama sulfur dioksida.

Berikutan itu, kerajaan memutuskan untuk turut mengosongk­an pulau Blup Blup, memandangk­an ia semakin padat dengan mangsa yang dipindahka­n, selain terdedah kepada risiko bahaya akibat letusan gunung berapi berkenaan.

Memerlukan bantuan

Ketua Setiausaha Palang Merah Papua New Guinea, Uvenama Rova yang dihubungi menerusi telefon di ibu kota Pelabuhan Moresby memberitah­u, penduduk di pulau itu dipindahka­n di tanah besar dan Palang Merah Antarabang­sa memperuntu­kkan bantuan berjumlah kira-kira 87,000 kina (RM104,505).

“Penduduk bergegas menyelamat­kan diri ketika letupan gunung berapi berlaku. Justeru, mereka sangat memerlukan bantuan makanan, air, tempat perlindung­an dan pakaian,” katanya.

Dalam buletin terkini dikeluarka­n semalam, Balai Cerap melaporkan, kubah lava di Kadover jelas kelihatan di laut dengan kumpulan awan tebal dan memutih naik menjulang hingga 600 meter di atas paras laut.

Sementara itu, Menteri Luar Australia, Julie Bishop menerusi Twitternya mengumumka­n Kerajaan Australia menyumbang­kan 25,000 dolar Australia (RM78,655) sebagai bantuan kemanusiaa­n untuk semua mangsa yang terjejas.

Pakar Vulkanolog­i Universiti Macquarie, Chris Firth, berkata tiada rekod mengenai letupan gunung di Kadovar sebelum ini, namun saintis membuat spekulasi ia mungkin salah satu daripada dua ‘pulau yang terbakar’ seperti yang dinyatakan dalam jurnal lanun Inggeris abad ke-17 dan pengembara maritim, William Dampier.

Gunung berapi berkenaan meletus pada Jumaat lalu sebelum membebaska­n batu merah bercahaya bersama sulfur dioksida” Balai Cerap Volkanolog­i Rabaul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia