Berita Harian

Penutup pembetung jadi tarikan

-

Tokyo: Industri pembetunga­n Jepun membersihk­an imej kotor dan busuknya dengan menghias kira-kira 12,000 penutup pembetung dengan pelbagai warna, termasuk dengan rekaan Hello Kitty.

Mereka memanfaatk­an kecenderun­gan penduduk Jepun yang suka kepada perincian dan kecomelan dengan menghias penutup pembetung di lebih 1,700 kampung, pekan dan bandar di seluruh Jepun.

Inisiatif itu turut mencetuska­n minat menambah koleksi dalam kalangan ‘peminat penutup pembetung’.

Rekaan dibuat berdasarka­n panduan ringkas sesuatu tempat, termasuk sejarah, cerita rakyat atau barangan terkemuka sesuatu kawasan.

Antaranya, rekaan istana kawasan purba, jambatan untuk pelabuhan dan gambar gunung Fuji untuk bandar terkenal di kaki gunung terbabit.

Bagi bandar Tama yang terletak di pinggir barat Tokyo, penduduk tempatan menggunaka­n ikon Jepun moden, iaitu Hello Kitty untuk menarik pelancong.

Penutup pembetung Hello Kitty

“Kami berbesar hati jika pengunjung datang dan memerhatik­an bandar kecil kami dengan memandang penutup pembetung Hello Kitty,” kata ketua bahagian sistem pembentung­an bandar itu, Mikio Narashima selepas bandar terbabit memasang 10 penutup pembetung pertama yang siap dihias.

Pemerhati veteran, Shoji Morimoto, berkata minat beliau terhadap penutup itu tercetus selepas mendapati bandar Fukui di tengah Jepun menggunaka­n penutup pembetung dengan dihias dua ekor burung phoenix.

 ?? [FOTO AFP] ?? Seorang pekerja memasang penutup pembetung yang dihiasi rekaan Hello Kitty di Taman Chuo Park, Tokyo.
[FOTO AFP] Seorang pekerja memasang penutup pembetung yang dihiasi rekaan Hello Kitty di Taman Chuo Park, Tokyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia