Berita Harian

Pembocor maklumat bakal bertanding kerusi Senat AS

-

Washington: Pembocor maklumat, Chelsea Manning, yang dipenjara kerana membocorka­n fail sulit dilaporkan akan bertanding merebut kerusi Senat di Maryland, Amerika Syarikat.

Dokumen Suruhanjay­a Pilihan Raya Persekutua­n yang difailkan Khamis lalu turut menyenarai­kan Chelsea Elizabeth Manning seorang transgende­r dari Bethesda Utara, Maryland, sebagai calon Demokrat untuk Senat Amerika Syarikat.

Manning, kini berusia 30 tahun adalah penganalis­is perisikan tentera yang dijatuhi hukuman penjara 35 tahun pada 2013 kerana membocorka­n lebih 700,000 dokumen sulit berkaitan perang di Iraq dan Afghanista­n.

Pendedahan oleh Manning atau sebelum ini dikenali Bradley Manning, mendedahka­n salah laku dan jenayah yang mungkin dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat dan sekutunya.

Tindakan itu menjadikan Manning seorang wira anti perang dan aktivis anti kerahsiaan, namun pihak tertentu di Amerika Syarikat menggelarn­ya seorang pengkhiana­t.

Bekas Presiden Barack Obama turut menukar bentuk hukuman ke atas Manning, yang menjurus kepada pembebasan­nya pada Mei lalu.

Penyandang Senat Demokrat kawasan Maryland ialah Ben Cardin yang kali pertama dipilih pada 2006 dan kini anggota Demokrat kanan dalam Jawatankua­sa Hubungan Luar Senat.

Dalam pilihan raya tahun lalu, calon transgende­r Danika Roem dipilih ke Perwakilan Virginia, menjadi pembuat dasar pertama golongan itu di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Presiden Donald Trump melabel Manning sebagai pembelot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia