Berita Harian

Peguam Trump bayar bintang porno

-

Washington: Peguam peribadi, Presiden Donald Trump didakwa menguruska­n bayaran sejumlah AS$130,000 (RM517,063.08) kepaada seorang bekas bintang lucah sebelum pilihan raya presiden 2016.

Akhbar nal yang melaporkan berita itu mendakwa ia bertujuan menghalang wanita terbabit daripada mendedahka­n salah laku seksual pemimpin Amerika Syarikat itu.

Bagaimanap­un, seorang pegawai Rumah Putih menafikan laporan berkenaan yang mendedahka­n dakwaan Stephanie Clifford bahawa beliau bertemu dengan Trump dalam satu acara golf selebriti pada 2006, setahun selepas hartawan itu berkahwin dengan Melania.

“Clifford atau nama pentasnya, Stormy Daniels mendedahka­n pertemuan itu berlaku beberapa ketika selepas itu,” lapor akhbar itu yang memetik sumber.

Laporan lama dikitar semula

Menurut sumber, peguam Trump, Michael Cohen menjadi orang tengah bagi membuat pembayaran itu pada Oktober 2016, iaitu sebulan sebelum pilihan raya presiden, mengikut perjanjian dengan butiran lanjut yang tidak didedahkan.

“Ini adalah laporan lama yang dikitar semula, yang diterbitka­n dan dinafikan sebelum pilihan raya,” kata seorang pegawai Rumah Putih.

Ketika kempen pilihan raya presiden, satu pita video muncul mengenai Trump yang meluahkan rasa bangganya kerana beliau boleh sewenangwe­nangnya mencabul wanita tanpa didakwa.

Sebelum itu, beberapa wanita menuduh pemimpin berusia 71 tahun itu melakukan salah laku seksual.

Namun, Trump menafikan semua tuduhan sebagai pembohonga­n dan malah mendakwa, ulasan pita itu dipalsukan.

Bagaimanap­un, bekas hos ‘Access Hollywood’, Billy Bush berkata, beliau dan tujuh yang lain menyaksika­n Trump mengeluark­an kenyataan lucah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia