Berita Harian

Kane atasi rekod jaringan Sheringham

-

London: Penyerang England, Harry Kane meraih satu pencapaian semalam tadi apabila dua jaringanny­a ketika membenam Everton 4-0 menyaksika­nnya mengatasi Teddy Sheringham sebagai penjaring gol terbanyak Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris dengan 98 gol.

Pemain berusia 24 tahun itu turut mencapai angka 20 buat musim keempat berturuttu­rut dalam Liga Perdana namun masih jauh ketinggala­n berbanding legenda Spurs, Jimmy Greaves, yang menyumbat 220 gol dalam 321 penampilan Divisyen Satu.

Rekod terdahulu Sheringham 97 gol hadir selepas dua kali mewakili Spurs dan bertahan sejak 2003.

“Harry Kane seorang pemain paling berbakat, amat profesiona­l dan saya sangat gembira,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

“Dia berhak mendapat kredit dan banyak pujian. Dengan cara ini dia akan memecah semua rekod dalam Liga Perdana.

Padam rekod Shearer

“Apa yang bagus rekod Jimmy Greaves (penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Tottenham dengan 220 gol) terlalu jauh jadi tidaklah setiap minggu dia akan memecahkan sesuatu.”

Pemain Korea Selatan, Son Heung Min memulakan rentak Spurs dengan gol pertama bagi menyamai rekod bekas penyerang Tottenham, Jermain Defoe menjaringk­an gol dalam lima perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri.

Bagaimanap­un pemain berusia 25 tahun itu lebih suka memuji Kane.

“Dia seorang penyerang terbaik di dunia. Saya seorang peminat tegar Harry,” kata Heung Min.

“Saya mungkin lebih tua berbanding Harry tapi saya belajar daripadany­a sepanjang masa.”

Rekod terbaru hadir selepas tahun 2017 yang cemerlang buat Kane.

Jumlah 39 gol dijaringka­nnya menyaksika­nnya mengatasi rekod Alan Shearer bagi gol terbanyak Liga Perdana dalam setahun, memadamkan rekod 36 jaringan Shearer pada 1995.

AFP

 ??  ?? Harry Kane
Harry Kane

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia