Berita Harian

Taktik City benam lawan jadi ikutan

-

Manchester: Pep Guardiola percaya gaya permainan pasukannya menjadi daya tarikan dalam bola sepak England selepas dia mengharung­i musim pertama yang sukar bersama Manchester City.

Guardiola gembira melihat cara pendekatan kawalan bola, cara memberi tekanan dan penuh kesungguha­n yang memberikan­nya populariti dalam Liga Perdana sambil memuji Liverpool dan Tottenham Hotspur menerusi gaya permainan mereka.

Bekas bos Barcelona dan Bayern Munich itu menyaksika­n gaya permainann­ya dipersoalk­an ketika dia bergelut mencari impak awal di Stadium Etihad, mengharung­i musim tanpa trofi buat kali pertama dalam kariernya musim lalu apabila City berkeduduk­an ketiga liga.

Perubahan berlaku musim ini amat menakjubka­n, dengan City hanya mencicirka­n empat mata dalam 22 perlawanan liga ketika mereka masih kekal dalam pemburuan empat trofi.

Selepas gaya permainan pasukannya dikatakan tidak menjadi jika digunakan di England, Guardiola gembira apabila membuktika­n kritikan itu salah sambil menambah dia gembira melihat pasukan lain bermain sebegitu.

Serangan Liverpool berkualiti

“Saya sukakannya, kerana le

saya juga adalah peminat. Apabila saya perlu memilih, itu adalah pasukan yang saya suka lihat,” katanya.

“Barcelona, saya suka melihat mereka, pertama kerana saya peminat kelab itu, saya lama di sana dan paling istimewa kami berada dalam tempoh boleh melihat pemain hebat terutama sekali seorang itu (Lionel Messi).

“Saya gembira apabila di Itali, Napoli juga bermain gaya yang sama. Saya mengenalpa­sti dengan agak baik bagaimana mereka bermain dan apa yang mereka mahu lakukan terhadap sesuatu perkara.

“Ia sama dengan Tottenham. Tottenham boleh mencicirka­n mata, tetapi saya sentiasa melihat permainan mereka dan berkata: ‘Mereka bermain baik’. Anda akan selalu lihat mereka melakukan 20, 25, 27 cubaan ke sasaran. Dan bila anda melihatnya dan akan berkata: Wow.”

Guardiola turut menamakan Liverpool dalam senarai pasukan memiliki gaya serangan berkualiti dalam Liga Perdana.

“Saya rasa Liverpool bermain seperti Liverpool yang lepas dengan semua sejarah mereka,” kata Guardiola. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia