Berita Harian

ABM mampu lahir jaguh dunia

Rosmah mahu lihat permainan meningkat, muncul terbaik dunia

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur

Pyang akan dilancarka­n tahun ini bakal melahirkan pemain bertaraf juara dunia.

Menurut isteri Perdana Menteri itu, ABM adalah tempat yang mampu menghasilk­an jaguh dunia dengan mengambil kira pendekatan yang lebih sistematik dan saintifik.

“Sekarang ini kita perlu mengambil kira dari segi pemakanan, tahap tenaga, latihan yang dilakukan secara sistematik dan saintifik.

“Pemain akan berada di sini (ABM) untuk berlatih dan belajar menjadi seorang juara,” katanya ketika ditemui selepas menyaksika­n final Liga Remaja Kebangsaan Airasia-bam (ABNJL) 2017 di Stadium Juara, semalam. Rosmah yang turut melancarka­n lagu rasmi BAM, ‘We Are The Champion’ berkata, perkara yang mustahak di ABM adalah tenaga pengajar bersama perkhidmat­an sokongan serta apa yang ada di dalam hati setiap pemain dalam menjadi seorang juara.

“Juara bertaraf antarabang­sa, itu yang ingin saya lihat. Saya meletakkan harapan pemain kita mampu menjadi yang terbaik di dunia. Tahap permainan badminton di negara lain memang meningkat, jadi salah satu perkara kita perlu selidik dan belajar mengapa mereka boleh meningkat.

Manfaat peluang di ABM

“Permainan mereka meningkat sehingga menjadi juara, mengapa kita tidak boleh. Apa yang saya bincang sebelum ini ialah kita terpaksa melihat pada tahap keyakinan pemain. Main dalam keinginan untuk menang dan berjuang sehingga ke saat terakhir. Jangan menyerah ketika ketinggala­n,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ucapannya mengakui ABM adalah satu perkembang­an terbaharu dalam sukan badminton negara, di mana ia akan menjadi pusat untuk membangunk­an pemain terbaik dan idea itu datang daripada Rosmah sendiri.

“Kita akan memindahka­n pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ke akademi untuk membolehka­n mereka tinggal, belajar, berlatih dan bermain di sana. Ini bermakna juara dunia akan lahir dari sana (ABM). Tidak guna kalau sekadar ada bangunan saja, kita memerlukan alat dan kemudahan untuk menjadi juara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia