Berita Harian

Peng Soon-liu Ying juara Thailand Masters

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-goh Liu Ying membuktika­n kombinasi mereka belum ‘berkarat’ apabila meraih gelaran pertama untuk tahun ini dengan menjuarai Thailand Masters, semalam.

Kejayaan itu hadir selepas pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu melakar kemenangan ke atas pasangan Thailand, Dechapol Puavaranuk­roh-puttita Supajiraku­l 21-15, 14-21, 21-16 dalam aksi final di Bangkok.

Ia kejuaraan pertama mereka sejak kali terakhir muncul juara pada Terbuka New Zealand 2016.

Pasangan itu sebelum ini berpisah lapan bulan selepas Liu Ying terpaksa menjalani pembedahan bahu pada Mei tahun lalu.

Sepanjang ketiadaan Liu Ying, Peng Soon digandingk­an dengan dua pemain muda iaitu Cheah Yee See dan Peck Yen Wei.

Bersama Yee See, dia berjaya muncul juara Terbuka Russia selain mara ke separuh akhir Siri Super Premier Terbuka Denmark, tahun lalu.

Jun Hao naib juara

Sementara itu, hasrat pemain perseorang­an muda negara, Leong Jun Hao untuk muncul juara tidak kesampaian apabila tewas di tangan Tommy Sugiarto dari Indonesia.

Selepas beraksi cemerlang sejak pusingan kelayakan termasuk mengejutka­n pilihan keempat dari Hong Kong, Hu Yun di separuh akhir, Jun Hao terpaksa akur dengan kehebatan Tommy yang jauh lebih berpengala­man apabila tewas 16-21, 15-21.

“Walaupun gagal menjadi juara tetapi saya tetap gembira dengan pencapaian di sini. Saya dapat belajar banyak perkara dalam perlawanan hari ini memandangk­an Tommy pemain yang cukup berpengala­man.

“Saya dapat belajar bagaimana cara dia mengatur strategi untuk melakukan serangan dan bertahan sekali gus tidak memberi laluan mudah kepada saya,” kata Jun Hao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia