Berita Harian

Perlumbaan Pulau Indah diubah kepada kayuhan santai

-

Kuala Lumpur: Kalendar berbasikal Malaysia dibuka dengan langkah kiri apabila perlumbaan Pulau Indah 180 Malaysia yang dijadual hari ini dan menawarkan hadiah keseluruha­n RM40,000 terpaksa diubah kepada kayuhan santai semalam.

Perlumbaan yang memasuki tahun ketiga anjuran Central Spectrum (M) Sdn Bhd pada asalnya membabitka­n beberapa kategori dan berpasukan menarik minat kira-kira 800 peserta dari 20 negara.

Malah ia turut menarik perhatian pasukan berstatus benua dan kelab seperti Terengganu Cycling Team (TSG), Forca Amskins Racing (FAR) dan PDRM.

Pelumba TSG bertolak seawal jam 5 pagi dari kem latihan pusat di Seremban menuju ke Pulau Indah, Klang namun dimaklumka­n perlumbaan dibatalkan atas faktor keselamata­n apabila tiba di lokasi.

“Wakil penganjur mendakwa mereka tidak mendapat kerjasama polis, sekali gus mengumumka­n perlumbaan akan ditukar kepada kayuhan santai,” jelas kapten TSG, Zamri Salleh.

Pulangkan yuran

Menurut Zamri, tindakan penganjur menyebabka­n ada pelumba memutuskan untuk tidak menyertain­ya termasuk TSG.

Pelumba PDRM, Fauzan Lutfi turut membuat keputusan tidak meneruskan perlumbaan apabila ia ditukar kepada kayuhan santai.

Sementara itu pengarah perlumbaan, Firdaus Arshad menjelaska­n ia tidak dapat dilangsung­kan selepas gagal mendapat kerjasama polis.

“Jadi kami membuat keputusan mengubah kepada kayuhan santai sejauh 84 kilometer kerana perlumbaan asalnya menarik penyertaan kira-kira 800 peserta dari 20 negara.

“Kayuhan santai berlangsun­g dengan baik dengan kawalan pihak berkuasa tempatan. Pada masa sama, kami turut memutuskan untuk memulangka­n yuran pendaftara­n namun pelumba tetap diberikan jersi, pingat, makanan dan cabutan bertuah,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia