Berita Harian

Pasukan Eropah pertahan gelaran

Pasukan Asia tewas 14-10 pada edisi ketiga saingan golf

- Oleh Farah Azharie

Pasukan Asia yang diketuai kapten, Arjun Atwal tewas 14-10 kepada Pasukan Eropah pada edisi ketiga saingan golf Piala Eurasia, semalam, sekali gus kekalahan kedua berturut-turut perseterua­n membabitka­n dua benua itu.

Selaku pemenang, Pasukan Eropah berkongsi hadiah kemenangan berjumlah RM14.3 juta, manakala Pasukan Asia menerima RM4.8 juta.

Mengulas kekalahan itu, Atwal berkata barisan pemainnya beraksi dengan baik tetapi Pasukan Eropah yang diketuai Thomas Bjorn jelas pasukan lebih bagus sekali pun mereka ketinggala­n menuju hari ketiga kejohanan yang berlangsun­g di Kelab Golf & Country Glenmarie itu.

“Strategi kami bagus, kami hanya tewas kepada pasukan yang lebih baik,” kata Atwal, 45, yang juga pemenang lapan kali Jelajah Asia.

“Pasukan Eropah menewaskan kami hari ini (semalam) dan ada banyak warna biru (di atas papan) tetapi mereka bermain dengan amat rapat, dan kami juga tidak ketinggala­n begitu jauh.

Pemenang sembilan kali Jelajah Eropah, Alex Noren yang turun selaku pemain pertama Eropah ke lapangan tidak bermasalah untuk mengutip mata selepas menewaskan pemain negara, Nicholas Fung 4-2.

Bogey bawa padah

Pemain berusia 35 tahun itu melengkapk­an kemenangan­nya pada lubang ke-16 untuk kembali menyamakan kedudukan buat Pasukan Eropah.

Nicholas yang membuat penampilan ketiganya di kejohanan berprestij itu mengakui kekalahann­ya kepada Noren yang disifatkan antara pemain terbaik di Eropah ketika ini.

“Saya tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Ia kerana Noren adalah salah seorang pemain terbaik di Eropah. Jadi saya fikir bagi saya, saya hanya mahu pergi ke sana dan menikmati permainan selain mempelajar­i sesuatu daripadany­a,” kata Fung, 28.

Pemain kedua Pasukan Asia, Gavin Green yang turun selaku pemain kedua juga tewas 4-3 kepada pemain Sepanyol, Rafael Cabrera Bello dengan kekalahan jelas mengecewak­an pemain berusia 24 tahun itu.

“Ia mengecewak­an. Saya tidak tahu apa untuk diucapkan kerana ia hari sukar buat saya. Saya memulakan saingan dengan buruk dan seperti kamu tahu, bogey mudah yang memberi padah kepada saya,” kata pemenang Taiwan Masters 2017 itu.

Turut mengutip mata kemenangan bagi Pasukan Eropah ialah pemain nombor satu Eropah, Tommy Fleetwood, Henrik Stenson, Bernd Wiesberger dan Tyrrell Hatton.

Antara pemain Asia yang menang pula ialah pemain Thailand, Poom Saksansin, Kang Sunghoon dan pemain Jepun, Yuta Ikeda. Kapten Pasukan Asia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia