Berita Harian

Penganjur wajar tambah kemeriahan

-

Langkawi: Semua enam gelaran yang dipertandi­ngkan di Regatta Antarabang­sa Diraja Langkawi (RLIR) 2018 sudah dimuktamad­kan dengan empat pasukan berjaya mengekalka­n kejuaraan masing-masing, semalam.

Pasukan dari Thailand, THA72 mengekalka­n gelaran buat kali kedua berturut-turut dalam kelas utama Racing, manakala wakil Malaysia, Mata Hari yang beraksi dalam kelas IRC1 memastikan kejuaraan buat kali keempat berturuttu­rut sejak 2015.

Phoenix dari Jepun pula belayar dengan corak tersendiri, mengunggul­i kelas IRC2, manakala Tantrum Too (Singapura) mengekalka­n gelaran disandang dalam kelas Multi- hull dan Chantique juara kelas Ocean Rover.

Kejuaraan diraih sudah pasti bakal membakar lebih semangat buat pasukan juara berkenaan untuk kembali mempertaha­nkan kejuaraan tahun depan, namun berdasarka­n rekod penyertaan, jumlah penyertaan kali ini tampak berkuranga­n.

Tambah kategori

Tahun lalu, kira-kira 30 bot menyertai RLIR untuk bertanding dalam lapan kelas berbeza, namun ia berkuranga­n kali ini di mana hanya 26 pasukan mengambil bahagian.

Jumlah kelas juga berkuranga­n tahun ini, hanya mempertand­ingkan enam kelas dan mungkin pihak penganjur, Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC) perlu mempergiat­kan lagi promosi bagi menghangat­kan lagi edisi akan datang.

Mungkin RLIR kali ini juga terpalit dengan situasi ekonomi semasa global dan andai ditanya kepada pelayar tempatan atau antarabang­sa, mereka jelas gembira dengan penyertaan di RLIR dan menyatakan keinginan untuk terus belayar di sini.

“Kami amat menyukai Langkawi,” kata jurumudi pasukan THA72, Tom Whitcraft yang mengemudi pasukan bersama anaknya, Kevin.

“Sudah tentu kami akan kembali ke sini tahun depan untuk mengekalka­n kejuaraan,” tambah anaknya, Kevin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia