Berita Harian

Teglia lebih tertekan berbanding Kim Swee

Jurulatih Arab Saudi percaya Malaysia tidak beri laluan mudah

-

Jurulatih Arab Saudi, Daniel Teglia mengakui anak buahnya perlu berwaspada dengan kebangkita­n Malaysia menjelang perhitunga­n terakhir dalam saingan Kumpulan C Kejohanan Bawah 23 (B-23) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) di Kunshan, China, esok.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuat kejutan apabila seri 1-1 dengan Jordan di Stadium Changshu, kelmarin selepas dibelasah Iraq 1-4 pada aksi pertama Rabu lalu.

Saingan kumpulan itu untuk merebut dua slot ke suku akhir masih terbuka dengan pendahulu, Iraq seri 0-0 dengan Arab Saudi yang mengutip satu mata selepas seri 2-2 menentang Jordan pada aksi pembukaan.

Teglia percaya, Malaysia tidak akan memberi laluan mudah dengan kedua-dua pasukan turun dengan misi merebut tempat ke suku akhir.

“Sejujurnya, pasukan Malaysia benar-benar bagus (ketika menentang Jordan). Malah, mereka sepatutnya menang. Mereka memiliki dua peluang terbaik (percubaan Akhyar Abdul Rashid dan Matthew Davies) untuk berada di depan tetapi percubaan itu hanya terkena tiang.

Matt Davies mantap

“Malaysia memiliki kekuatan di sebelah sayap (Akhyar dan Davies). Ketika ketinggala­n 1-3 kepada Iraq, Malaysia hampir berjaya mencari gol penyamaan tetapi kesilapan individu menyebabka­n mereka tewas,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Arab Saudi dan Iraq.

Sementara itu, Kim Swee mahu anak buahnya mengambil kesempatan ke atas Arab Saudi yang tampak lebih tertekan dalam aksi terakhir Kumpulan C itu.

Katanya, Arab Saudi yang muncul naib juara 2013 pasti akan lebih terdesak untuk memburu kemenangan pertama selepas hanya seri 2-2 dengan Jordan dan 0-0 menentang Iraq tatkala tiket ke suku akhir menjadi pertaruhan untuk direbut kedua-dua pasukan.

“Sudah tentu Arab Saudi adalah pasukan pilihan tetapi kita juga perlukan kemenangan untuk membuka laluan semula layak ke suku akhir.

“Saya rasa Arab Saudi akan rasa lebih tertekan dengan status mereka di mana mereka perlu mendapatka­n keputusan lebih baik daripada kita,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan terakhir pasukan di Changshu sebelum berpindah ke Kunshan, semalam. Pengendali Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia