Berita Harian

Sarawak menuju era pemodenan

Kerajaan buat kajian rapi transforma­si pengangkut­an awam lebih murah

- Oleh Sandra Albertz

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg menyasarka­n bandar raya ini bakal mengalami transforma­si pengangkut­an awam, termasuk pelaksanaa­n Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dalam tempoh 10 tahun lagi.

Katanya, kajian rapi sedang dilakukan berhubung transforma­si itu, termasuk penggunaan teknologi atas permukaan jalan raya yang lebih mudah dan murah berbanding kaedah sedia ada digunakan di ibu negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Sarawak menjelaska­n penggunaan teknologi ‘rel tinggi’ tidak bersesuaia­n di Bandaraya Kuching kerana agak rumit dan membabitka­n perbelanja­an besar.

“Dari Serian ke pusat bandar raya, kita akan hubungkan LRT menggunaka­n kaedah pembinaan rel atas permukaan jalan raya kerana konsepnya lebih mudah dan murah.

“Ia sama seperti pembinaan rel bagi perkhidmat­an tram elektrik yang digunakan secara meluas di luar negara, termasuk di Melbourne, Australia.

Ubah landskap pembanguna­n

“Kita menjangka perancanga­n ini dapat dilaksanak­an dalam tempoh 10 tahun, sekali gus mengubah landskap pembanguna­n dan sosioekono­mi kita dalam mendokong wawasan pemodenan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Cawangan Zon 3 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 3 (Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja) di ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh? (DBNA), di sini, hari ini.

Abang Johari yang bertanggun­gjawab merintis Dasar Ekonomi Digital, berkata sistem LRT itu beroperasi menggunaka­n bahan api hidrogen yang dihasilkan daripada air, bukan tenaga elektrik seperti di Kuala Lumpur.

“Ada parti pembangkan­g mendakwa pembinaan sistem LRT di negeri ini akan amat mahal. Kita tahu membuatnya lebih ekonomi dan kos efisyen, kita tidak perlu mengikut apa yang ada di Kuala Lumpur yang semuanya menggunaka­n rel tinggi,” katanya.

Beliau berkata kewujudan mod pengangkut­an moden itu bukan sahaja mampu mengurangk­an kesesakan lalu lintas, terutama di Kota Samarahan sebagai hab pendidikan tinggi, bahkan turut membantu pembanguna­n Serian yang majoriti pendudukny­a dalam kalangan etnik Bidayuh sebagai kawasan ‘bakul makanan’ atau hab pertanian negeri.

 ?? [ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] ?? Abang Johari memukul gong sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Cawangan PBB Zon 3 di Kuching.
[ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] Abang Johari memukul gong sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Cawangan PBB Zon 3 di Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia