Berita Harian

Prestasi Kerajaan BN baik, komited bantu rakyat

Warga Sabah diminta tidak terpengaru­h dakyah pembangkan­g

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my

Rakyat di Sabah tidak perlu terpengaru­h dengan dakyah pembangkan­g untuk menukar kerajaan sedangkan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang mempunyai prestasi yang baik dan komited membantu rakyat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin, berkata rakyat perlu berterima kasih dan terus menyokong BN untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kalau kerajaan (BN) baik, setiap hari membantu rakyat, adakah kita mahu tukar lagi? Kita tahu kerajaan baik hati, maka kita seharusnya membayar balik dengan mengembali­kan kerajaan BN pada PRU kelak.

Pelbagai bantuan kerajaan

“Pelbagai jenis bantuan disalur kepada rakyat tanpa mengira menjelang pilihan raya atau selepas pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Program Ziarah Kasih Happy 2 School Parlimen Putatan di sini, semalam.

Program anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan UMNO Putatan itu mengagihka­n bantuan beg dan pakaian seragam sekolah kepada 1,000 murid dari 13 sekolah rendah di kawasan Parlimen Putatan.

Yang turut hadir, Setiausaha Kelab Putra 1Malaysia, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad; Timbalan Ketua UMNO Putatan, Datuk Arsit Sedi; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Putatan, Juriah Palasin dan Ketua Pemuda UMNO Putatan, Shahelmey Yahya.

Putatan kekal kubu kuat BN

Sementara itu, Yahya yang juga Ketua UMNO Putatan, yakin Putatan kekal menjadi antara kubu kuat BN dan menyumbang semua kerusi untuk memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang.

“Kita akan sumbang semua kerusi di bahagian Putatan ini kepada BN pada PRU akan datang seperti yang dapat kita lakukan pada beberapa pilihan raya sebelum ini,” katanya.

Tiga kerusi milik BN di bahagian ini iaitu Parlimen Putatan yang ketika ini disandang Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh daripada Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO), Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas diwakili Yahya dan DUN Tanjung Aru yang disandang Datuk Edward Yong Oui Fah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam hal lain, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, berkata pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas, iaitu sekolah baharu di Parlimen Putatan dijangka dimulakan tahun ini.

Beliau berkata, tender melaksanak­an pembinaan sekolah berkenaan sudah dibuat dan prosesnya dijangka selesai dalam masa terdekat.

Kalau kerajaan (BN) baik, setiap hari membantu rakyat, adakah kita mahu tukar lagi? Kita tahu kerajaan baik hati, maka kita seharusnya membayar balik dengan mengembali­kan kerajaan BN pada PRU kelak” Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Yahya (dua dari kiri) menyerahka­n sumbangan persekolah­an kepada murid sekitar Parlimen Putatan sambil diperhatik­an Muhammad Yadzan (kanan) di Dewan Sri Putatan, semalam.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Yahya (dua dari kiri) menyerahka­n sumbangan persekolah­an kepada murid sekitar Parlimen Putatan sambil diperhatik­an Muhammad Yadzan (kanan) di Dewan Sri Putatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia