Berita Harian

Jumlah mangsa banjir meningkat

Keadaan di pusat pemindahan terkawal, pemantauan diteruskan

- Oleh Mohd Roji Kawi

Jumlah mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara di negeri ini meningkat 31 orang lagi berbanding jumlah keseluruha­n 65 orang, kelmarin.

Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 96 mangsa dari 25 keluarga ditempatka­n di Dewan Kampung Lutong, Sebangan dalam daerah Sebuyau.

Jurucakap Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, semua mangsa adalah penduduk Kampung Skitong, Sebangan.

“Keadaan di pusat pemindahan adalah terkawal dan pemantauan berterusan dijalankan di kampung yang dilanda banjir itu,” katanya.

Bacaan naik di Stesen Muput

Beliau berkata, bacaan paras air di sembilan stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menunjukka­n keadaan terkawal dengan hanya satu mencatat bacaan menaik pagi ini iaitu di Stesen Muput, Bintulu.

Empat stesen menunjukka­n bacaan menurun iaitu Rumah Abua dan Tubau di Bintulu, Ukong di Limbang serta Long Panai di Miri.

Empat stesen pula menunjukka­n bacaan mendatar iaitu Asajaya Water Intake di Kota Samarahan serta Long Jegan, Kuala Tutong dan Batu Niah Bazaar di Miri.

Sementara itu, beliau berkata seramai 20 penduduk dari enam keluarga masih ditempatka­n di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit di Miri.

Penduduk terbabit terpaksa ditempatka­n di pusat pemindahan sementara itu selepas kediaman mereka terjejas akibat lereng Bukit Kanada runtuh pada 7 Januari lalu.

 ??  ?? Sebahagian mangsa banjir yangditemp­atkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kampung Lutong, Miri.
Sebahagian mangsa banjir yangditemp­atkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kampung Lutong, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia