Berita Harian

Dua pendaki gagal turun Bukit Pancang diselamat

-

Tawau: Dua lelaki mendapatka­n bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas mengalami kesukaran menuruni bukit akibat keletihan ketika mendaki Bukit Panchang di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, Mohd Hasrul Huswali, 22, dan Mohd Amirul Mohamad, 17, yang memulakan pendakian kira-kira jam 6 pagi, tidak larat turun akibat terlalu letih lalu menghubung­i bomba bagi mendapatka­n bantuan.

Pegawai Perhubunga­n Awam JBPM Sabah, Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada mangsa pada jam 11.25 pagi menyatakan keduadua mereka menyangka tersesat selepas terpisah dengan rakan yang lain.

Tidak larat turun bukit

“Akibat terlalu penat dan kehausan, mereka tidak larat meneruskan perjalanan menuruni bukit berkenaan.

“Anggota bomba dihantar ke lokasi pada jam 11.26 pagi tadi dan menemui mangsa pada jam 1.13 tengah hari.

“Ketika ditemui, kedua-duanya lemah dan lesu. Mereka diberi minum dan diarah berehat seketika sebelum dibantu menuruni bukit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, mangsa tidak mengalami kecederaan tetapi kepenatan dipercayai akibat kurang persediaan ketika mendaki bukit.

Ketika ditemui, kedua-duanya lemah dan lesu. Mereka diberi minum dan diarah berehat seketika sebelum dibantu menuruni bukit” Affendy K Ramin, Pegawai Perhubunga­n Awam JBPM Sabah

 ??  ?? Anggota JBPM membantu dua lelaki Tawau. menuruni Bukit Panchang,
Anggota JBPM membantu dua lelaki Tawau. menuruni Bukit Panchang,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia