Berita Harian

Dua awak-awak curi kulit penyu ditahan

Suspek warga asing tiada pengenalan diri, peralatan memburu turut ditemui

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua awak-awak warga asing kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menangkap dan membunuh penyu di Pulau Kerindinga­n, di sini, awal pagi semalam.

Dua awak-awak berusia 15 dan 35 tahun ditahan dalam kejadian jam 1.30 pagi itu.

Pengarah Maritim Malaysia Semporna, Leftenan Komander Maritim Amiludin Yenggah, berkata sepasukan anggota menggerakk­an bot ronda bagi membantera­s penangkapa­n dan pembunuhan penyu di kawasan pulau berkenaan.

“Susulan operasi itu, Maritim Malaysia menahan dua awak-awak yang tiada pengenalan diri dan pemeriksaa­n lanjut menemui empat potongan cengkerang penyu.

“Kita turut menemui beberapa peralatan memburu penyu di atas bot pam dinaiki suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Permintaan daging penyu tinggi

Amiludin berkata, penangkapa­n dan pembunuhan penyu dikesan berlaku di daerah ini kerana dagingnya mendapat permintaan yang tinggi daripada penggemar makanan eksotik.

“Kedua-dua suspek ditahan mengikut Enakmen Pemulihara­n Hidupan Liar 1997 dan Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa bersiapsed­ia mengekang aktiviti menyalahi undang-undang di laut dan maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Pangkalan Maritim Semporna di talian 089782619.

 ?? [FOTO IHSAN APM] ?? Suspek bersama empat potongan cengkerang penyu ditahan di Pulau Kerindinga­n, Semporna, semalam.
[FOTO IHSAN APM] Suspek bersama empat potongan cengkerang penyu ditahan di Pulau Kerindinga­n, Semporna, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia