Berita Harian

124 penduduk cemas dengar dentuman kuat

-

Sarikei: Dentuman kuat mengejutka­n 124 penghuni Rumah Panjang Jawa Kerubong, di sini sebelum menyedari berlaku kejadian tanah runtuh berhampira­n kediaman mereka kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Difahamkan, dentuman itu disusuli gegaran selama beberapa minit dan berlaku runtuhan tanah berhampira­n rumah panjang berkenaan, menyebabka­n semua penduduk bergegas menyelamat­kan diri.

Penghulu Bidai Ginsang ketika dihubungi BH, berkata penduduk bergegas meninggalk­an rumah panjang itu kerana bimbang insiden lebih buruk berlaku.

Tanah gelongsor, pokok tumbang

“Bunyi dentuman, diikuti gelongsora­n tanah dan pokok tumbang mengejutka­n sebahagian besar penghuni yang sedang tidur ketika kejadian sebelum bergegas menyelamat­kan diri.

“Syukur, semuanya selamat walaupun lokasi tanah runtuh itu terletak hanya beberapa meter dari Penghulu rumah panjang kami. Ini kejadian pertama seumpamany­a berlaku di sini sejak rumah panjang 21 pintu ini didiami pada 2014,” katanya.

Bidai berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang berterusan sejak tiga hari lalu menyebabka­n struktur tanah di kawasan terbabit tidak begitu stabil.

Pantau pergerakan tanah

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kaha, berkata sepasukan pegawai dan anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.18 pagi bagi menyalurka­n bantuan.

“Kita sedang memantau pergerakan tanah di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga, lebihlebih lagi dalam keadaan cuaca tidak menentu sejak kebelakang­an ini.

“Jika keadaan semakin kritikal, kita menasihatk­an kawasan terbabit ditutup dengan plastik kanvas bagi mengelak runtuhan susulan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia