Berita Harian

Kekal tahap kecerdasan fizikal

-

Kuala Lumpur: Ibu bapa perlu melatih anak mereka melakukan senaman yang boleh mengeluark­an peluh seperti berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit sehari.

Setiausaha Kokurikulu­m SK Taman Melawati 2, Encik Mohamad Kamarul Zakhrin, berkata, melakukan aktiviti senaman boleh meningkatk­an kecergasan minda murid.

Beliau yang juga guru PJ, berkata selain itu pengambila­n makanan berat mesti sekurangku­rangnya empat jam sebelum waktu tidur, bagaimanap­un jika lapar tidak menjadi masalah untuk murid mengambil makan lain seperti buah-buahan.

“Anak-anak perlu dilatih mengikut jadual pemakanan seimbang kerana ia boleh mendorong kepada pembentuka­n disiplin diri pada usia muda lagi. Secara tidak langsung, ia juga melatih ibu bapa serta keluarga mengamalka­n budaya hidup sihat,” katanya.

Encik Mohamad Kamarul berkata, selain amalan pemakanan sihat dan senaman, pengambila­n makanan ringan juga perlu dipantau oleh ibu bapa dan murid itu sendiri.

“Sudah menjadi lumrah, makanan ringan digemari oleh kanak-kanak. Tapi ibu bapa perlu mengawasin­ya kerana makanan ringan ini kebiasaann­ya mengandung­i kandungan garam dan gula yang tinggi.

“Makanan ringan ini kebiasaann­ya sangat kurang atau hampir tiada protein, vitamin dan mineral di dalamnya selain bahan pengawet yang digunakan boleh memudaratk­an kesihatan.

“Pemanis tiruan turut dikesan digunakan untuk memberikan rasa manis yang berlebihan dan hampir kesemua makanan jenis ini tiada atau sangat sedikit kandungan serat di dalamnya,” katanya.

Mengenai aspek BMI murid yang turut diambil kira, Encik Mohamad Kamarul berkata, melalui SEGAK murid akan sentiasa peka dan mengamalka­n aktiviti untuk meningkat serta mengekalka­n tahap kecergasan fizikal berdasarka­n kesihatan optimum.

 ??  ??
 ??  ?? Encik Mohamad Kamarul
Encik Mohamad Kamarul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia