Berita Harian

‘PECAT KALAU TAK SUKA CARA SAYA KERJA’

Dr Norlela Arifin, ADUN Penanti dari PKR

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

“Pecatlah saya kalau memang tak suka dengan cara saya bekerja,” itu luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Arifin selepas diasak PKR dan kerajaan negeri yang tidak selesa dengan tindakanny­a memberi ulasan berhubung isu projek terowong dasar laut kepada BH, Jumaat lalu.

Dr Norlela yang juga Ahli Jawatankua­sa Kira-kira (PAC) negeri berkata, tindakan PKR dan Kerajaan DAP Pulau Pinang mendesakny­a mengemukak­an saman kepada BH ekoran artikel berkenaan, antara lain disifatkan tidak masuk akal.

Selain itu, katanya, artikel disiarkan BH berhubung projek mega dianggar bernilai RM6.3 bilion itu langsung tidak terpesong daripada maksud asal dan desakan mengemukak­an saman kepada akhbar ini disifatkan sebagai serangan peribadi oleh PKR dan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Rekod umum

“Benda ini (projek terowong dasar laut) adalah rekod umum yang dinyatakan dalam Laporan PAC negeri, membabitka­n sejumlah wang yang begitu besar dan kepentinga­n awam. Justeru, tiada keperluan untuk kerajaan negeri atau PKR minta saya ‘diamkan’ perkara ini.

“Saya sendiri tak tahu apa yang mereka (PKR dan kerajaan negeri) nak geramkan dengan laporan itu sampai minta saya saman BH. Saya memang tak ada masa nak layan desakan mereka ini,” katanya ketika menghubung­i BH, semalam.

Jumaat lalu, Norlela dilapor berkata, isu kos kajian kebolehlak­sanaan projek mega yang dibuat dalam bentuk pampasan tanah itu, sebelum ini pernah dibangkitk­an beliau bersama beberapa ADUN, termasuk daripada DAP ketika beberapa persidanga­n DUN lalu.

“Perkara ini juga pernah dibawa pada mesyuarat PAC Pulau Pinang, bertujuan menuntut penjelasan lebih terperinci daripada kerajaan negeri. Ketika itu, sebagai ahli PAC, kita persoalkan mengapa kos kajian kebolehlak­sanaan projek ini terlalu mahal.

“Adakah pembayaran dibuat itu munasabah dengan kadar kerja yang dilakukan syarikat perunding dilantik.

“Malah, anggota PAC, termasuk dalam kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika itu turut mempersoal­kan sama ada kerajaan negeri mengikut garis panduan dan pekeliling berhubung penjimatan kos dikeluarka­n Perbendaha­raan Negeri sebelum memutuskan pembayaran kajian berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Norlela menyifatka­n desakan dikemukaka­n PKR dan kerajaan DAP Pulau Pinang itu melanggari slogan kebebasan bersuara yang sering dilaungkan pentadbira­n kerajaan negeri dan perjuangan parti.

“Dalam hal ini, saya rasa sebenarnya PKR dan kerajaan negeri sengaja nak cari isu dengan saya. Bagaimanap­un, tiada desakan secara langsung dikemukaka­n Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ketika kami bertemu dalam satu program baru-baru ini.

Benda ini (projek terowong dasar laut) adalah rekod umum yang dinyatakan dalam Laporan PAC negeri, membabitka­n sejumlah wang yang begitu besar dan kepentinga­n awam. Justeru, tiada keperluan untuk kerajaan negeri atau PKR minta saya ‘diamkan’ perkara ini” Norlela Arifin, ADUN Penanti

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia