Berita Harian

Sekolah ‘diserang’ lalat

Sesi pembelajar­an tak selesa selepas sekolah dihurung lalat

- Oleh Nur Syazwana Mansor

Lebih 1,000 warga Sekolah Model Khas Bukit Jenun di sini, terpaksa menjalani sesi persekolah­an dalam keadaan kurang selesa, apabila kawasan sekolah itu dihurung lalat, selain terpaksa menghidu bau busuk najis ayam, sejak tujuh bulan lalu.

Masalah lalat dan bau busuk itu didakwa berpunca daripada tindakan pengusaha ternakan membuang najis ayam secara terbuka di ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan sekolah terbabit.

Tinjauan BH mendapati, najis ayam dilonggokk­an secara terbuka di kawasan ladang sawit, menyebabka­n kawasan berhampira­n termasuk beberapa kampung berdekatan terkena tempias bau busuk dan dihurungi lalat.

Pengusaha Kantin Sekolah Model Khas, Khoiree Abdullah, 48, berkata kehadiran lalat yang banyak meresahkan beliau kerana bimbang ia mencemari makanan yang disediakan dan memudaratk­an pelajar.

Katanya, pelbagai langkah pencegahan sudah diambil seperti menabur daun pandan, semburan serai wangi serta mengelap lantai lebih kerap bagi mengurangk­an gangguan lalat tetapi gagal.

Bimbang makanan kantin tercemar

“Perniagaan kantin saya turut terjejas kerana ramai ibu bapa tidak mahu anak mereka makan di kantin kerana bimbang makanan tercemar dan memilih membawa bekal,” katanya ketika ditemui di kantin sekolah itu, semalam.

Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Shafie Awang, berkata masalah ini bukan sahaja mencemarka­n makanan, malah menimbulka­n rasa tidak selesa sepanjang sesi pembelajar­an kepada 987 pelajarnya.

“Lebih malang, pelajar yang tinggal di asrama, terpaksa berdepan masalah ini sepanjang masa menyebabka­n mereka hilang tumpuan dalam pelajaran,” katanya.

Beliau berkata, isu itu sudah dirujuk kepada Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, yang berjanji bertemu pengusaha ladang ayam terbabit.

“Pengusaha ladang ternakan ayam perlu mempunyai kesedaran sivik terhadap kesan najis dibuang secara terus dalam ladang kelapa sawit yang terletak di tepi jalan,” katanya.

Ketua Seksyen Bukan Ruminan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Kedah, Zahir Zainuddin, berkata pihaknya akan mengeluark­an notis kepada pemilik ladang ternakan itu bagi memastikan mereka membuang najis ayam mengikut kaedah yang ditetapkan.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Tiga pelajar menunjukka­n lalat yang terperangk­ap pada kertas pelekat di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Model Khas Bukit Jenun, Pendang, Kedah, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Tiga pelajar menunjukka­n lalat yang terperangk­ap pada kertas pelekat di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Model Khas Bukit Jenun, Pendang, Kedah, semalam.
 ?? [FOTO NUR SYAZWANA MANSOR/BH] ?? Tajul Urus (dua dari kanan) meninjau Sekolah Model Khas Bukit Jenun yang berdepan masalah lalat dan busuk di Pendang, semalam.
[FOTO NUR SYAZWANA MANSOR/BH] Tajul Urus (dua dari kanan) meninjau Sekolah Model Khas Bukit Jenun yang berdepan masalah lalat dan busuk di Pendang, semalam.
 ?? [FOTO AIZAT SHARIF/BH] ?? Pengawal keselamata­n Sekolah Model Khas Bukit Jenun,
Ismail Mustafa menunjukka­n longgokan najis ayam di ladang kelapa sawit berhampira­n sekolah.
[FOTO AIZAT SHARIF/BH] Pengawal keselamata­n Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Ismail Mustafa menunjukka­n longgokan najis ayam di ladang kelapa sawit berhampira­n sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia