Berita Harian

MARINA ONE, DUO BUKTI HUBUNGAN ERAT MALAYSIA-SINGAPURA

Dua projek ikonik untungkan kedua-dua negara

-

Hubungan erat Malaysia dan Singapura, diraikan lagi menerusi kejayaan menyiapkan dua projek pembanguna­n ikonik secara bersama iaitu Marina One dan DUO.

Projek bersepadu Marina One dan DUO, dimiliki bersama sayap pelaburan strategik Malaysia, Khazanah Nasional Bhd dan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Pte Ltd (Temasek).

Projek pembanguna­n itu dirasmikan oleh Perdana Menteri kedua-dua negara, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Lee Hsien Loong, di sini semalam.

Kejayaan menyiapkan serta perasmian Marina One dan DUO dengan nilai pembanguna­n kasarnya berjumlah S$11 bilion (lebih RM32 bilion) adalah hasil daripada kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura yang mempunyai hubungan dua hala yang kukuh.

Kedua-dua projek ikonik itu adalah hasil daripada pelaksanaa­n Perkara-perkara yang Dipersetuj­ui (POA) mengenai tanah-tanah Keretapi Tanah Melayu pada 2011, dijangka membawa manfaat yang nyata dan saling menguntung­kan kedua-dua negara.

Marina One dan DUO turut melambangk­an kerjasama rapat antara Khazanah dan Temasek yang menyaksika­n komitmen dan keupayaan kedua-dua entiti terbabit untuk menyiapkan dua projek besar yang ikonik yang memanfaatk­an kedua-dua negara.

Pegang kepentinga­n 60:40

Marina One and DUO yang terletak di Marina South dan Ophir-rochor dibangunka­n oleh M+S Pte Ltd (‘M+S’), yang mana Khazanah dan Temasek masing-masing memegang kepentinga­n 60:40 dalam syarikat terbabit.

Di samping itu, Khazanah dan Temasek turut terbabit dalam pembanguna­n bersama di Iskandar Malaysia, melalui Pulau Indah Ventures Sdn Bhd, iaitu usahasama 50:50 untuk membangunk­an projek Afiniti Medini dan pusat kesihatan bersepadu Avira.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata kejayaan menyiapkan projek pembanguna­n bersama yang bertaraf dunia oleh Khazanah dan Temasek itu membuktika­n bahawa keduadua negara mampu mencapai kejayaan melalui kerjasama dan perkongsia­n yang erat serta memanfaatk­an kekuatan masing-masing.

Bukti kekuatan bersama

“Ia membuktika­n kekuatan bersama serta nilai kompetitif Iskandar Malaysia dan Singapura,” katanya.

Perdana Menteri tiba di sini petang semalam, bagi menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-singapura Kelapan selama dua hari sehingga hari ini.

Ketibaan Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut Menteri Pendidikan Singapura merangkap Menteri Kedua Pengangkut­an, Ng Chee Meng.

Anggota delegasi Malaysia termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Pendidikan; Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Sejurus tiba, Najib melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Malam tadi, Perdana Menteri menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Hsien Loong dan isteri, Ho Ching.

Kali ini, sesi pemukiman dimulakan dengan pertemuan empat mata di antara kedua-dua pemimpin, disusuli mesyuarat delegasi yang akan diadakan di Istana.

Pemeteraia­n kedua-dua dokumen perjanjian dua hala berkaitan projek Sistem Transit Rapid (RTS) dan memorandum persefaham­an (MOU) berkaitan kerjasama pendidikan, dijangka berlangsun­g selepas mesyuarat delegasi.

 ??  ?? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatann­ya, Lee Hsien Loong melakukan gimik pelancaran perasmian Marina One dan Duo, projek bersepadu milik bersama Khazanah Nasional Bhd dan Temasek Holdings Pte Ltd di Singapura, semalam. Hadir sama Pengerusi M+S Pte Ltd, Tan Sri Mohamed Azman Yahya ( tiga dari kanan); Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek, Lee Theng Kiat (kanan).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatann­ya, Lee Hsien Loong melakukan gimik pelancaran perasmian Marina One dan Duo, projek bersepadu milik bersama Khazanah Nasional Bhd dan Temasek Holdings Pte Ltd di Singapura, semalam. Hadir sama Pengerusi M+S Pte Ltd, Tan Sri Mohamed Azman Yahya ( tiga dari kanan); Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek, Lee Theng Kiat (kanan).
 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ?? Najib membuat kunjungan hormat ke atas Halimah yang turut disertai Anifah dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishn­an di Istana Presiden, Singapura, semalam.
[FOTO ZAIN AHMED/BH] Najib membuat kunjungan hormat ke atas Halimah yang turut disertai Anifah dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishn­an di Istana Presiden, Singapura, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia