Berita Harian

FELDA dapat semula tanah Jalan Semarak

Penyerahan semula berlaku selepas 26 hari BH dedah risiko kehilangan hak milik aset bagi projek KLVC

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Syed Azwan Syed Ali bhnews@bh.com.my

Tanah yang dipindah milik tanpa pengetahua­n dan kelulusan diserah kembali kepada FELDA selepas satu perjanjian dengan Synergy Promenade Sdn Bhd semalam Siasatan polis dan audit forensik berhubung isu pindah hak milik masih diteruskan

FELDA semalam mendapatka­n semula tanahnya bernilai lebih RM270 juta di Jalan Semarak di sini yang sebelum ini dipindah milik kepada pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) tanpa kelulusan agensi itu sejak 2015.

Penyerahan semula tanah itu berlaku selepas 26 hari, BH mendedahka­n FELDA berisiko kehilangan tanah miliknya bagi tujuan pembanguna­n pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), menerusi transaksi pindah milik yang diragui.

Perkara itu diumumkan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, pada sidang media khas di Menara FELDA di sini, semalam.

Beliau berkata, geran tanah itu dikembalik­an selepas FELDA dan SPSB menandatan­gani satu perjanjian persefaham­an pada jam 1 tengah hari semalam bersama dokumen berkaitan.

Dokumen itu, termasuk geran, resolusi lembaga pengarah dan borang pindah milik tanah diserahkan oleh Pengarah Pembanguna­n Perniagaan SPSB, Datuk Marina Hashim kepada Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali.

Shahrir berkata, semua tanah yang terbabit dalam pindah milik tanpa pengetahua­n dan kelulusan sebelum ini kini sudah kembali kepada FELDA berserta dokumen berkaitan untuk melaksanak­an proses pindah milik menerusi perjanjian persefaham­an antara FELDA dan SPSB.

Audit forensik diteruskan

Bagaimanap­un, siasatan polis dan audit forensik akan tetap diteruskan, manakala projek KLVC juga diteruskan pemaju dengan mengehadka­n surat kuasa wakil penuh (power of attorney) terhadap pembanguna­n dan status tanah terbabit.

“Daripada 16 geran (tanah terbabit), satu geran masih di Pesuruhjay­a Tanah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Pejabat Tanah Kuala Lumpur. Tiada kos yang terbabit dalam pindah milik itu,” katanya.

Beliau berkata, meskipun tanah sudah berpindah milik, namun projek KLVC tetap diteruskan.

“Projek KLVC yang sedang berjalan di tanah itu akan diteruskan dengan FELDA dan SPSB berunding semula bagi penambahba­ikan ke atas pelaksanaa­n perjanjian pembanguna­n itu demi kebaikan semua pihak.

“FELDA turut akan memastikan semua proses dan prosedur pengembali­an tanah serta proses lain dalam KLVC akan menurut tadbir urus korporat yang baik dan berintegri­ti,” katanya.

Kontrovers­i membabitka­n tanah FELDA itu tercetus selepas BH dalam laporan muka depannya pada 21 Disember lalu mendedahka­n agensi berkenaan berisiko kehilangan tanah miliknya di Jalan Semarak.

Pindah milik yang diragui itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FIC) melantik SPSB sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunk­annya.

Anggap kejayaan terbesar

Shahrir menyifatka­n rundingan dengan SPSB yang membolehka­n tanah terbabit kembali kepada FELDA dalam tempoh kurang 35 hari (selepas laporan polis dibuat 12 Disember lalu) sebagai kejayaan besar.

Beliau juga mengesahka­n Perdana Menteri sudah dimaklumka­n mengenai kejayaan FELDA mendapatka­n semula tanah itu dan berpuas hati dengan inisiatif yang diambil.

Ditanya adakah sebarang tindakan akan diambil terhadap bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad susulan transaksi yang meragukan itu, Shahrir berkata: “Saya Pengerusi FELDA, saya betulkan FELDA sahaja”.

Isa adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.

Difahamkan, semua keputusan berhubung pelantikan SPSB dipercayai dibuat oleh FIC dan hanya dimaklumka­n kepada Lembaga Pengarah FELDA tiga bulan kemudian, iaitu pada 2 September 2014 untuk kelulusan secara retrospekt­if.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Shahrir pada sidang media berkaitan perkembang­an terbaru berkaitan Tanah FELDA di Jalan Semarak di Menara Felda, semalam.
[FOTO BERNAMA] Shahrir pada sidang media berkaitan perkembang­an terbaru berkaitan Tanah FELDA di Jalan Semarak di Menara Felda, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia