Berita Harian

KUOTA KHAS HAJI, RUMAH MAMPU MILIK UNTUK PESARA POLIS

RM3 juta setahun diperuntuk jaga kebajikan pesara, keluarga

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak, semalam mengumumka­n empat khabar gembira buat 123,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perdana Menteri berkata, mulai tahun ini, kerajaan menyalurka­n peruntukan RM3 juta setahun, selama tiga tahun untuk Tabung Amanah Warisan PDRM bagi menjaga kebajikan pesara polis dan keluarga mereka.

Kerajaan juga, katanya, memberi kuota khas menunaikan haji untuk pesara polis dengan jumlah kuota akan diumumkan selepas mendapat isyarat daripada Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-saud.

Kuota khas rumah

Selain itu, Najib berkata, pesara polis juga akan menerima kuota khas rumah menerusi skim Rumah Mampu Milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)-PDRM.

“Seterusnya, Unit Hal-ehwal Veteran Polis disusun semula dan cawanganny­a dibuka di setiap negeri,” katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Pesara-pesara Polis Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang juga Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP).

Dalam pada itu, Najib turut mengarahka­n Mohamad Fuzi melihat semula kumpulan pesara polis yang belum menerima pengiktira­fan atas jasa dan pengorbana­n kepada negara.

“Bukanlah mereka berjuang kerana pingat, tetapi pengiktira­fan. Tan Sri Fuzi, sila lihat semula kumpulan pesara di bawah radar ini, supaya mereka diberikan pingat,” katanya.

Najib turut mengingatk­an pesara polis supaya tidak menjadi musuh dalam selimut, mendedahka­n rahsia negara kepada musuh yang disifatkan­nya sebagai amat berbahaya kepada negara.

Perlu disiplin, kesetiaan

“Jangan ada musuh dalam selimut. Kalau ada sikap seumpama itu, kikis kerana akan menyebabka­n anggota di kiri dan kanan dalam bahaya. Perlu ada disiplin dan kesetiaan kepada agama, negara dan rakyat,” katanya.

Najib juga berharap pesara polis terus menyokong kerajaan kerana mereka secara berterusan diperlukan oleh negara.

“Jangan ikut sebelah sana (pembangkan­g) yang hanya mengarut, melalut tak bersatu, tiada ideologi. Sebelah sana (pembangkan­g) tiada ideologi, sebelah sini (kerajaan) ada.

“Jangan membebel tak tentu arah, balik buat kerja atau duduk dalam surau, doakan keselamata­n dan kestabilan negara. Jangan pula jadi macam seorang itu, umur sudah 93 tahun, tidak mahu bersara,” katanya.

Jangan ada musuh dalam selimut. Kalau ada sikap seumpama itu, kikis kerana akan menyebabka­n anggota di kiri dan kanan dalam bahaya. Perlu ada disiplin dan kesetiaan kepada agama, negara dan rakyat” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Najib, Ahmad Zahid dan Mohamad Fuzi bergambar dengan pegawai dan pesara polis pada majlis Perjumpaan Pesara Polis Bersama Perdana Menteri di PWTC, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Najib, Ahmad Zahid dan Mohamad Fuzi bergambar dengan pegawai dan pesara polis pada majlis Perjumpaan Pesara Polis Bersama Perdana Menteri di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia