Berita Harian

BUDAK 5 TAHUN BOLEH JAWAB SOALAN MATEMATIK, KIMIA TINGKATAN 4

Izz Imil mampu selesaikan soalan Matematik, Kimia Tingkatan Empat

- Oleh Sarah Aina Shawal

Pada usia lima tahun, Izz Imil yang menghidap autisme memiliki kebolehan menakjubka­n apabila berupaya menyelesai­kan soalan Matematik dan Kimia Tingkatan Empat.

Keupayaan luar biasa kanak-kanak lelaki ceria itu dikesan ibunya, Ilyah Abdul Aziz, apabila menyedari Izz menunjukka­n minat terhadap angka sejak berusia tiga tahun.

Ilyah berkata, anaknya yang menghidap autisme tahap sederhana dan hyperlexia, cenderung dalam Matematik dan Sains hingga mampu menjawab pelbagai aras soalan Matematik dan Kimia.

Lebih berminat kepada angka

“Izz mempunyai masalah pertuturan ketika kecil dan pelbagai usaha dijalankan untuk membantu perkembang­annya, namun saya mendapati dia lebih berminat kepada angka.

“Bermula dari situ, saya mengambil pendekatan mengajarny­a dengan melabelkan semua perkara menggunaka­n nombor.

“Ini termasuk mengenal pasti saya dan bapanya menggunaka­n angka bagi membantu Izz menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya ketika ditemui BH pada sesi pendaftara­n dan taklimat pelajar baharu Pusat PERMATAPIN­TAR Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Izz yang terpilih menyertai Pusat PERMATAPIN­TAR UKM adalah antara 138 pelajar yang mendaftar di pusat terbabit bagi sesi pembelajar­an baharu.

Ilyah berkata, keputusan menghantar Izz ke pusat PERMATAPIN­TAR dibuat selepas melihat anaknya gembira dengan aktiviti dijalankan sepanjang mengikuti Program Perkhemaha­n Cuti Sekolah PERMATAPIN­TAR, bulan lalu.

Pelajar termuda dipilih

“Sebelum ini Izz pernah dihantar ke prasekolah, tetapi tahapnya yang lebih tinggi daripada rakan sebaya menyebabka­n dia gagal menyesuaik­an diri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat PERMATAPIN­TAR UKM, Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, berkata Izz adalah pelajar termuda dipilih mengikuti program itu sejak ditubuhkan pada 2011.

Katanya, pemilihan kanak-kanak pintar itu dipersetuj­ui selepas melihat perkembang­annya yang pintar dan cerdas berbanding pelajar seusianya.

“Ini pertama kali kami mengambil pelajar berusia lima tahun selepas mengesan kebolehan Izz ketika dia mengikuti Program Perkhemaha­n Cuti Sekolah PERMATAPIN­TAR.

“Selepas melalui beberapa saringan, kami mendapati tahap perkembang­annya menyamai kanakkanak berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun.

“Bagaimanap­un, memandangk­an usianya masih muda, Izz akan berulang-alik dari rumah ke pusat ini setiap hari bagi mengikuti sesi pembelajar­an,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Izz (tengah) bersama ibu, Ilyah dan bapa, Imil Shahrom adalah pelajar termuda dipilih mengikuti program PERMATAPIN­TAR sejak ditubuhkan pada 2011, di Bangi, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Izz (tengah) bersama ibu, Ilyah dan bapa, Imil Shahrom adalah pelajar termuda dipilih mengikuti program PERMATAPIN­TAR sejak ditubuhkan pada 2011, di Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia