Berita Harian

Najib imbau kenangan lucu bersama polis

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengimbau kembali kenangan mencuit hati bersama anggota polis ketika menjadi Menteri Besar Pahang.

Berucap pada satu majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di sini semalam, Perdana Menteri berkata, pasukan keselamata­n ketika itu sedang memburu pengganas komunis, Chong Chor di kawasan sekitar Bentong.

Katanya, polis menasihatk­an supaya keretanya mempunyai tiga nombor pendaftara­n bagi tujuan keselamata­n dalam mengaburi pihak musuh.

Nombor pendaftara­n depan, belakang berbeza

“Suatu hari ketika saya ada seminar di Kuala Lumpur, saya ditanya anggota polis, sama ada kereta yang dinaiki milik saya. Saya tanya kenapa? Sebab nombor (pendaftara­n) depan lain, belakang lain. Pemandu saya tersilap letak nombor depan CU11, belakang CX3879.

“Saya nak pujilah, anggota polis berkenaan begitu tajam matanya. Dia suruh buka bonet, banyak lagi nombor plat di dalamnya,” katanya sambil disambut gelak ketawa hadirin yang hadir.

Najib yang menjadi Menteri Besar termuda ketika berusia 29 tahun bermula 4 Mei 1982 hingga 10 Ogos 1986, berkata walaupun pengalaman berkenaan agak lucu, komitmen anggota polis dan tentera dalam menjaga keselamata­n negara amat dipuji.

Katanya, Malaysia tidak akan mencapai kejayaan seperti yang dikecapi pada hari ini tanpa pengorbana­n anggota keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia