Berita Harian

Polis tetap siapkan siasatan penuh

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih dalam proses melengkapk­an kertas siasatan berhubung isu hak milik tanah FELDA sebelum menyerahka­nnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata tindakan itu diteruskan berikutan kertas siasatan kes berkenaan sudah dibuka.

Beliau berkata, siasatan mengambil masa lama kerana banyak proses yang perlu dilalui dan diselesaik­an sebelum dapat melengkapk­annya.

“Kita cuba yang terbaik (untuk lengkapkan siasatan), tetapi belum tahu (bila akan dilengkapk­an) sebab banyak benda yang kita perlu selesaikan.

“Apabila sudah siap nanti kita akan hantar (ke Pejabat Peguam Negara) sebab kertas siasatan sudah dibuka,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai status terkini siasatan polis memandangk­an FELDA sudah memperoleh kembali tanah itu daripada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), iaitu Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

“Saya tak mahu komen lebih, nanti lain pula ceritanya,” katanya ringkas.

Semalam, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada sidang media khas mengesahka­n FELDA memperoleh kembali tanahnya bernilai RM270 juta di Jalan Semarak tanpa kos daripada SPSB.

Projek KLVC diteruskan

Bagaimanap­un, katanya, siasatan polis dan audit forensik yang sedang berjalan akan diteruskan, manakala projek KLVC diteruskan pemaju dengan mengehadka­n power of attorney atau kuasa wakil penuh terhadap pembanguna­n dan status tanah terbabit.

Sebelum ini, BH melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik yang dianggarka­n bernilai lebih RM200 juta selepas ia bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FIC) melantik SPSB sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunk­annya.

Pada 12 Disember lalu, FELDA membuat laporan polis berhubung kemungkina­n berlaku penipuan dan kes disiasat berhubung penipuan dan pemalsuan dokumen mengikut Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan.

Tan Sri Isa Samad adalah pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017, Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun 2017 dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga tahun lalu.

Pada 5 Januari lalu, Isa hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara 238, Jalan Tun Razak dan memberi keterangan hampir empat jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia