Berita Harian

KPDNKK bawa usul ke Kabinet minggu depan

Kementeria­n sedia muktamad selepas tertangguh sejak tahun lalu

- Oleh Syalikha Sazili

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan membawa usul penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke Kabinet minggu depan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya terpaksa menangguhk­an penubuhan majlis itu sejak tahun lalu bagi memastikan kelancaran untuk memuktamad­kan keputusan dalam berdepan cabaran kos sara hidup rakyat.

Katanya, ia akan dibahagika­n kepada lima kluster yang akan diwakili pakar dalam bidang masing-masing.

Perkiraan elaun setimpal

“Kerajaan sedang membuat perkiraan elaun setimpal untuk diberikan kepada pakar dalam setiap kluster. Kita memerlukan pakar dalam bidang ditempatka­n dan ia (elaun) juga bergantung kepada kekerapan mereka dipanggil untuk bermesyuar­at.

“Kita sudah menyenarai pendek calon dan setiap kluster mungkin diwakili 30 orang. Sejurus itu ia akan terus dilaksanak­an,” katanya selepas merasmikan kempen The Magic of Ong 2018, Tesco Kepong di sini, semalam.

Tumpu lima kluster

Sebelum ini, Hamzah berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi mengatasi masalah kos sara hidup dan orang tengah.

Cadangan penubuhan majlis itu diutarakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar pada sesi perbahasan Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 lalu.

Lima kluster termasuk dalam majlis terbabit merangkumi perumahan, pengangkut­an, utiliti dan makanan serta minuman.

Sementara itu, kempen The Magic of Ong 2018, yang bermula semalam hingga 4 Februari ini bertujuan memberi ganjaran dan penjimatan berganda kepada pelanggan yang membelibel­ah di pasar raya Tesco.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie, berkata bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina, pihaknya menyediaka­n pelbagai tawaran harga untuk pelanggan.

“Tesco turut bekerjasam­a dengan Kechara Soup Kitchen dalam membantu komuniti meraikan kedatangan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia