Berita Harian

Pinjaman bertanggun­gjawab elak hutang berlebihan

-

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan antara sebab bank menolak permohonan pinjaman perumahan adalah kerana peminjam mempunyai jumlah pinjaman yang tinggi, sejarah kredit lemah dan tiada dokumen yang cukup untuk menyokong keupayaan membayar balik.

Bank pusat itu berkata, langkah itu bertujuan menggalakk­an pemberian pinjaman dan peminjaman yang bertanggun­gjawab bagi menghalang peminjam menanggung hutang berlebihan sehingga menimbulka­n masalah kewangan.

Bahkan, katanya, ia juga dapat mengurangk­an risiko peminjam menanggung bebanan hutang yang berlebihan, serta kehilangan rumah akibat disita jika gagal membayar balik hutang.

Pasaran kerja lebih stabil

“Pertumbuha­n hutang isi rumah terus mencatat penurunan bagi suku ketiga tahun lalu kepada 4.9 peratus daripada 5.1 peratus pada suku kedua. Pinjaman perumahan menjadi pemacu utama pertumbuha­n iaitu 8.5 peratus daripada 8.8 peratus pada suku sebelumnya.

“Data suku ketiga 2017 turut menyaksika­n isi rumah terus menunjukka­n keupayaan membayar balik hutang yang mampan, disokong penampan kewangan mencukupi dan kestabilan pasaran pekerja.

“Kadar kelulusan pinjaman perumahan keseluruha­n juga kekal tinggi pada 74.2 peratus pada suku pertama 2017 dengan bank meluluskan RM22.3 bilion pembiayaan rumah untuk 90,137 peminjam sepanjang tempoh terbabit,” katanya kepada BH, memetik sumber dua buletin suku tahunannya.

Semalam, BH melaporkan isu generasi muda gagal memiliki kediaman sendiri kerana belanja bulanan yang tinggi termasuk mengamalka­n gaya hidup mewah, pembelian barang berjenama dan hiburan.

Ia antara penemuan Kajian Gelagat Pembeli Hartanah Kediaman di sekitar Lembah Klang dari 2014 hingga 2017 yang dilaksanak­an Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam.

Sementara itu, BNM melaporkan langkah yang diperkenal­kan sejak 2010 terbukti meningkatk­an peluang pembeli rumah kali pertama mendapat pinjaman apabila berjaya mengalih tumpuan institusi kewangan daripada spekulator.

Katanya, ia dibuktikan pada 2016 yang menyaksika­n kira-kira 72 peratus daripada peminjam perumahan adalah pembeli rumah kali pertama bagi rumah berharga bawah RM500,000.

Kekang aktiviti spekulasi

“Langkah yang diperkenal­kan BNM ini mempunyai dua tujuan khusus, iaitu membendung kegiatan spekulasi yang keterlalua­n dalam pasaran perumahan dan menghalang peminjaman berlebihan.

“Nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) maksimum sebanyak 70 peratus diperkenal­kan pada 2010 hanya dikenakan ke atas peminjam yang mempunyai tiga atau lebih pinjaman perumahan terkumpul.

“Oleh itu, ia tidak menjejaska­n pembeli rumah kali pertama kerana mereka biasanya layak untuk LTV sehingga 95 peratus,” katanya.

 ??  ?? Laporan disiarkan BH semalam. Bank Negara
Laporan disiarkan BH semalam. Bank Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia