Berita Harian

KKLW fokus projek jangka pendek, sederhana

Tingkat kemudahan infrastruk­tur, jana pendapatan, ekonomi rakyat

- Oleh Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi tumpuan kepada projek jangka pendek dan sederhana pada tahun ini, antara lain bagi memberi ‘sentuhan’ kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata projek jangka pendek akan bermula awal bulan depan dan dijangka siap selewat-lewatnya pada 31 Mac ini, manakala projek jangka sederhana mengambil masa enam bulan.

Tingkat taraf hidup

“Projek jangka pendek adalah seperti pembinaan jalan kampung, pembaikan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan memasang lampu jalan kampung.

“Selain itu, program bagi meningkatk­an ekonomi rakyat seperti kursus bakeri yang mengambil masa dua atau tiga hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Laksana 86 projek

Ismail Sabri berkata, kira-kira 50 peratus peserta yang mengikut kursus jangka pendek seperti pembuatan kuih berjaya memulakan perniagaan sehingga mampu menjana pendapatan lebih RM1,500 sebulan.

“Projek jangka pendek seperti di Sabah menjadi tumpuan kementeria­n kerana negeri ini memerlukan lebih banyak projek seperti ini. Masih banyak jalan kampung yang perlu dinaik taraf,” katanya.

Katanya, pelaksanaa­n projek jangka sederhana dijangka mengambil masa enam bulan, tetapi tidak semestinya siap dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, pada tahun lalu, sebanyak 86 projek dilaksanak­an di Sabah dengan enam sudah siap, manakala selebihnya masih dalam pembinaan.

“Bagi projek pembanguna­n di Sabah di bawah KKLW, pada tahun ini, kita memperuntu­kkan sebanyak RM924 juta,” katanya.

Bagi projek pembanguna­n di Sabah di bawah KKLW, pada tahun ini, kita memperuntu­kkan sebanyak RM924 juta” Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Ismail Sabri bersama Musa ketika Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB) di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Ismail Sabri bersama Musa ketika Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB) di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia